Friday, July 23, 2010

KEWAJIPAN YG MELEBIHI WAKTU

Adoyai~
Rindu nak blogging..
Banyak nak tulis..
tapi takde masa!!!
tengok je la bila tarikh post yg terakhir..

Apakan daya..
tunggu je lah dapat peluang..
so, buat masa ni, status masih on hiatus la =)

sekadar peringatan bersama,
dalam apa pekerjaan sekalipun,
biarlah istiqamah.
jangan semangat hanya sebentar,
tapi buat kerana faham.
moga2 Allah bantu dan berkati.

Wednesday, May 12, 2010

Off to Bangkok

Assumption University of Thailand

..To whomever it may concern..

I will be departing for Bangkok at 3.30 pm on FD 3574 from LCCT
a bit nervous as for this will be my first flight after 16 years.huhu.

Going to Bangkok, concisely Suvarnabhumi for
1st United Asian Debate Championship [UADC]
it will be held mostly at Chaleena Hotel and Assumption University
read more about it --here--

To those who read
the main purpose of this post is to ask for your prayers
as of my safety and success


may I learn something beneficial from this tournament
and may I gain something for the benefit of the Ummah
InsyaAllah

This is my only second tournament after been debating yet for only 2 months
and I'm very nervous.huhu

I really need your prayers!!

Friday, April 30, 2010

MALAYWOOD VS HOLLYWOOD

Baiklah.Post ini tiada kena mengena dgn kedua2 filem di atas.sekadar gambar hiasan.

Sekali lagi saya ingatkan, post ini tiada kaitan dengan kedua2 filem diatas. Kedua2 filem tersebut pun saya belum tonton lagi. Isu yg menjadi kupasan di sini adalah perbandingan budaya kerja antara dua karekter dengan menganalisa hasil kerja kedua-dua pihak. Apa perbezaan yg anda rasa ketara dalam filem2 Melayu dan sinema2 Hollywood?

Anda pernah tonton cerita2 Melayu di tv? Semestinya pernah. Saya kurang minat menonton drama2 Melayu atas banyak sebab. Dan sebab2 itulah yg membawa kepada perbandingan ini. Saya juga hairan mengapa ada orang yang meminati drama2 Melayu. Freedom of thoughts and interests I guess..huh.

Berbalik kepada persoalan asal, ini analisa saya.

1. Elemen kesungguhan
Apabila saya tonton cerita2 Melayu, para pelakonnya yang berlakon pun nampak sangat macam berlakon.hahah. Paham ke? Berlakon pun tak nampak macam betul. Sedangkan melakonkan satu adegan memerlukan penghayatan sehingga nampak segala yang terpapar di skrin itu seperti kehidupan yang sebenar.

e.g. watak protagonis ingin menumbuk watak antagonis, ditunjukkan seakan2 beliau menumbuk sedangkan budak sekolah rendah pun boleh bagitahu dia menumbuk angin sahaja. Apatah lagi orang tua. Lagilah menyampah, lakonan tahap budak sekolah.

Itulah dia kita, main2 sahaja dalam setiap tindakan. Tidak pernah mengambil setiap sesuatu itu dengan serius. Ala kadar itu sudah menjadi budaya kerja kita. Sedangkan seharusnya Muslim itulah hasil kerjanya yang terbaik.

Cerita Hollywood pula sebaliknya, segala-galanya nampak real dan perfect. Teknologi dan kewangan tidak harus menjadi alasan kerna kesungguhan untuk mencapai kesempurnaan itu yang menjadi ukuran.

2. Mesej dan Jalan Cerita
Drama Melayu acapkali berputar mengelilingi plot yang sama sahaja sehingga menjadikan terasa bosan kerana sudah tahu apa yang bakal berlaku di hujung cerita. Tiada elemen kejutan dan twist factor. Bahkan mesej yang cuba disampaikan semuanya mesej2 lapok dan kurang bermakna.

e.g. Kebanyakan cerita Melayu berputar pada plot yang serupa, penderhakaan anak terhadap ibu dan cinta tiga segi. atau empat segi. Sangat sedikit yang lari dari motif2 di atas.

Kita kurang kreatif dan tidak berani untuk menentang arus dalam memperkenalkan sesuatu yang baharu. Kita lebih rela mengikut sahaja acuan yang telah disediakan orang sebelum kita. Kita lebih selesa menjadi duplicate dan template production sahaja. Tiada identiti sendiri yang istimewa.

Hollywood sangat kreatif dan berkembang dari semasa ke semasa. Semuanya bagi memenuhi kehendak dan permintaan. Mereka tidak pernah berehat dan merasa selesa dengan hasil kerja sedia ada. Tiada hasil kerja yang meniru hasil kerja orang lain. Pedulikan orang lain! Aku mahu berbangga dengan segala usaha aku sendiri.

3. Sambung nantilah..tak sempat..huhu.

Namun akhirnya, ini bukan berkenaan cerita Melayu ataupun filem Hollywood ataupun kedua2 movie di atas. Persoalannya bukanlah dunia mana yang lebih gah. Sebaliknya merupakan sikap dan pemikiran yang menjadi kayu ukur dan penentu siapakah diri kita. Locally respected or internationally recognised? Cukup sudahkah dengan sekadar menjadi juara kampung?

Seorang Muslim adakah mudah berpuas hati dengan hasil kerja cincai dan "janji siap"? Kita mahu dihormati. Kita mahu disegani. Tapi sikap kita hanya melayakkan kita tinggal di belakang barisan sahaja.

You get back what you give. The more you give, the more you get.

-----

Baru2 ni ada seorang sahabat di luar negara yang banyak berjasa kepada saya ditimpa ujian. Moga tabah dan sabar. Semua itu menguatkanmu ya akhi. Banyaklah benda yg boleh diceritakan lepas ni.heheh.

I'm off to Bangkok on 12th May. Returning on 19th
& today is going to be my first ever English debate tournament [UKM IV]

Sunday, April 25, 2010

9th IIUM INTER-SCHOOL DEBATE

Grand Opening Dinner
CAC Hall


I was given a chance again to go to the prestigious IIUM Inter-School Debate Tournament. This time not as a participant, but as a "teacher".hahah. Given the chance, I'd love to participate again, but in a different category though- English. Formerly I was in Bahasa Melayu debate. Moreover, I can't go far if I stick to BM debating. The furthest I can go would still be Malaysia.

I'd also encourage BM debaters to change to English debating when you hit the University.haha. Of course that only applies if you are good in English or really willing to learn the hard way. It's gonna be very tiring but very aspiring and satisfying. Believe me.

Back to Inter-school, there was a lot we shared amongst us debaters. Seeing them grow is really fun. Husna beat my record during my inter-school.haha. She was on my team in 2007, which she had just started, and was in form 2. I can say she is really good now compared to that time. That time, there was a round which we lost and we blamed it on her, even until now, and the story is still being told to everyone.hahah. But now. she is the strongest link in the team, and she was even named the best speaker for 3 rounds! The most I got during Inter-school was only 2! It's a bit sad Hana couldn't make it. Adam, Haifa and Hanifah did well too.

As for English team, I hope they would do better in the future.haha. I think they performed better during KDU and last year's MUSLEH. I really can't figure out why. Still, they did their best and should be credited for that. Solehah and Najihah still have a lot more years of school debating ahead of them. I just wish that Raihan, Umar and Husna would join me at IIUM and we can debate together as a team.

There are also some naughty little secrets that will not be posted here.haha. There was this guy which we had eyes onto - Tsubasa, who won the KDU. We also happen to know a guy named Ramu Indba *something* which made us laugh off the whole tournament, and we are still in touch!haha. We met and made friends with Al-Amin Gombak, Hidayah JB and Hira' Jeram. We also met those we went against during previous tournaments - Maahad Hamidiah, Seri Ayesha and Aminuddin Baki.

As for the results, I won't display them here. You can ask it from the debaters themselves or read it from their blogs, if there are any post of the tournament. I'll link it here if they post anything related.

Bahasa Melayu team --> Kelab Debat's Blog
English team --> Raihan's Blog

Ust Megat [MUSLEH] + Al-Amin Bangi + Al-Amin Gombak

As for myself, having changing directions into English debate, currently training in IIUM Gombak everyday as a preparation for United Asian Debating Championship [UADC] that will be held in Thailand in mid of May. Just before the semester break ends. I had given up debating for 3 years, and just started English debating for 1 month, it's really tough for me. I really2 need your prayers. I just feel like not going to Thailand for so many reasons. Let's just hope I'll learn something for the benefit of the Ummah InsyaAllah..

been very busy lately to update Born.A.Caliph

Sunday, March 28, 2010

NASYID UNDERGROUND


[27March] Nasyid Underground 5th gig. It started at 8 and ended at 1.30 in the morning! yeah, nothing could be done. 16 groups performed including Mirwana, Algebra and In-Heart[Akademi Nasyid]. Congratulations to Uncle Nash and the gang for the very "loud" night.
There was a surprise gift for the top 3 performers. Guess what..
1. Frenz
2. Saljuk
3. Eminence

There are videos which I recorded and would soon be posted in YouTube InsyaAllah.
see my channel --> azsb90
Moga semua yang melibatkan diri dalam Nasyid ni terus thabat memperjuangkan Islam melalui medium alternatif.

Dengar cerita Danial pun ada group dia di Jordan..senyap2 je.huhu.

[few days back] Ar-Raid performed with Maher Zain at AUC in Cairo. Just as back up singers though. They were discovered by Maher Zain himself in YouTube. MashaAllah.. Those I recognized performing[what is the word should I use to replace "perform"?] that night includes Muawwidz, Syed Israa' and Bilal.hoho. Tahniah Bilal. Mesti pengalaman yang best..

Nak baca sedikit sebanyak tentang show malam tu boleh la baca post ni --> Syed Israa'

Nak tengok video pulak, sila klik _InshaAllah_ dan _Open Your Eyes_ . Tak nampak sangat muka mereka ni sbb video dirakam dari jauh. Tapi siapa yang kenal mereka mesti dapat cam.
[28March]
This day is also noted to express my gratitude and appreciation as well as to remember a gift from the debaters. They bought me a book and a key chain from KL International Book Fair 2010, which I will treasure for ever. Thank you.. You really touched my heart. Eventhough my face won't show it.haha. And thanks for the words.. Allah bless you.

-Mlmh Nadia, Basyirah, Raihan, Solehah, Najihah, Adawiyah, Umar, Luqman and others-

Today also, for the first time I volunteered for Friendly Comparative Religion [FCR] as a facilitator for "Bible Studies".heheh. Nice experience. Finally I get to practice my knowledge a little bit. And I would like to promote FCR to everyone. Approach me personally to know more. It will help in strengthening your Aqidah InsyaAllah. Believe me.

[29March] Kembali mengajar Qiraati di SERI ABIM.hehe. Kali ini mengajar Qiraati 5 di tahun 3. Moga saya juga dapat belajar pelbagai perkara daripada semua yang saya lakukan. Rabbi yusahhil.

It is an enjoyable holliday for me with lots of things to do. March is very tiring but very satisfactory for me. Alhamdulillah..

Friday, March 26, 2010

"M" IS FOR MARCH & MOURNE

Pameran "Seni" Hina Islam di Sepanyol
Picture: credits to Berita Harian Online


Saya pulang dari solat jumaat dengan perasaan hiba dan sedih. Ya, March merupakan bulan yg cukup menyedihkan. Khatib melaksanakan tugasnya dengan baik untuk menyampaikan mesej beliau, dan sangat menjiwa kata-katanya. Hampir sahaja dia mengalirkan air mata ketika berkhutbah. Suaranya sangat sayu. Memanggil semua umat Islam untuk kembali merenung betapa kita sebenarnya dalam penindasan. Bukan sahaja oleh musuh, malahan kaki sendiri cuba memijak kepala.

Mari selusuri satu persatu peristiwa March 2010.

1. Kartun Hina Nabi --> Sinar Harian
Berulang sekali lagi. Kali ini bukan Denmark, tetapi di Sweden pula. 3 buah akhbar harian Sweden dilaporkan menyiarkan gambar kartun Nabi Muhammad SAW yang agak serupa pernah diterbitkan oleh akhbar2 Denmark beberapa tahun dulu. Masih lagi ketika di bulan kelahiran Nabi Muhammad tercinta. Apa perasaan kita? Apa tindakan kita? Boikot produk Sweden?

2. Baitulmaqdis, Palestine --> palestinkini.info
Tanah suci kita sekali lagi dicemari kaki kotor zionis laknatullahi alaihim. Kawasan timur Baitulmaqdis diceroboh untuk membina penempatan baru yahudi. Mereka bukan tidak tahu seluruh dunia Islam akan mengancam mereka. Tapi apa mereka peduli. Mereka tidak pernah gentar orang Islam di luar Palestine. Kenapa? Intifadhah ke3 bakal meletus. Kita di mana?

3. 12 Mac --> Berita Harian
Mahkamah Ipoh memberikan hak penjagaan anak seorang muallaf Ridhuan Abdullah kepada isterinya yang masih belum Islam. Doakan moga dia pula diberi hidayah. 2 anak Ridhuan diserahkan kepada ibu mereka. Hanya seorang yang tinggal bersama Ridhuan. Kes sebegini sepatutnya dihakimi di Mahkamah Syariah kerana membabitkan agama Islam. Apakan nasib. Kita mempunyai sistem kehakiman yang bersifat dualiti. Kisah Natrah bakal berulang. Kita tidak mengambil tahu kerana dia seorang muallaf. Betul kan?

4. 17303 --> Berita Harian
Jabatan Pendaftaran Negara dedahkan statistik kelahiran anak luar nikah daripada ibu Melayu (mengikut perlembagaan, Melayu=Muslim) adalah sebanyak yang di atas pada tahun 2009 sahaja. Bermakna purata kasar 47 kelahiran luar nikah dalam sehari. Itu yang didaftarkan sahaja. Yang tak didaftarkan - yang dibuang, digugurkan dan dibunuh belum dikira lagi. Apa nak jadi dengan Melayu?

5. Chupp!! Coca-Cola --> lambaian-islah.blogspot
Seperti sedia maklum, Coca-cola akan melaburkan RM1billion di Nilai bagi membina kilang pembotolan di atas tanah yang dibeli daripada Tabung Haji dan majlis pecahtanah yang disempurnakan oleh Doto' Seri Najib. Najib seterusnya mendapat pujian daripada bekas PM Britain atas kebijaksanaan beliau mengemudi ekonomi negara. Sedangkan Coca-cola merupakan syarikat yang kuat menyokong zionis dan penubuhan negara haram Israel. Peluang kerjaya untuk rakyat Malaysia, bergaji darah dan nyawa saudara di Palestin?

6. Legalizing Sports Betting --> Yahoo!News Bernama
Ape cerita??? Dengan pelbagai alasan, anda cuba untuk menghalalkan yang haram? Bayar gaji pekerja sektor awam dengan wang kotor? Tidak cukup lagikah dengan cukai arak dan judi yang sedia ada? Yang sedihnya, ahli parlimen bukan Islam yang menunjukkan kejuaraan menghalang dan membantah pertaruhan dalam sukan daripada dibenarkan. Tahniah kepada Pak Lah yang pernah menolak proposal yang sama semasa pemerintahannya.

Ada lagi tak? kalau ada, menangis dulu, pastu baru bagitahu saya supaya saya pun boleh nangis sama2. Tak cukup menyayat hati lagi pada anda?

Wednesday, March 24, 2010

POLITIK YG BUSUK

Members of Parliament to be InsyaAllah..
bringing back old memories..IIUM Interschool Debate 2006


That's what Ibu always tell me when there's an outbreak in Malaysian politics. She would say, "Politics is dirty. Don't indulge in it". But I wonder, is it really that Politics must be dirty or Politicians and their people are the one who are dirty and dirties the course. Ibu will always tell me the same thing again and again. Maybe because she can see that I'm really interested in Politics. Maybe one day I'll be a politician myself.hahah. I'm only interested in the Parliamentary Debate actually. I'm a debater myself, what do you expect??

Malaysian Politics, my stance, I disapprove both government and opposition parties for my own personal reasons. But I respect both parties for some reasons too. If I really am going to run for elections, I'm gonna run on free ticket I guess. Or set up a new party and be the president.brouhaha. I don't know if I should be saying this here though. And this is not the purpose of this post.

The rest of this post will be in Malay. Dua post sebelum ni dah dalam English. So enough of English for the mean time. Oops.. Jadi cukuplah Bahasa Inggeris buat sementara waktu.

Dewan Parlimen Malaysia kembali hangat dengan persidangan parlimen yg telah bermula setelah berehat buat seketika. Panas dengan pelbagai isu yang menggemparkan - termasuklah keluarnya anggota parlimen dari pakatan pembangkang dan pendedahan2 yg mengejutkan. Juga perbahasan usul dan juga jawapan lisan daripada barisan menteri kabinet dan anggota kerajaan. Perdebatan begini sememangnya menarik perhatian saya. Tetapi, apa yg saya suka utk analisa adalah akhlak dan pegangan para ahli parlimen kita dalam melaksanakan sesuatu perkara.

ETIKA ANGGOTA PARLILMEN

1. Menyokong Kebenaran dan Kebaikan
Pernah terjadi, tahunnya tidak pasti, pengerusi Barisan Nasional Supporters' Club [BNSC], "meletak jawatan" kerana menyokong utk membahaskan usul yg dikemukakan pembangkang. Ataupun kerana menyokong usul yg dibawa oleh pembangkang. Saya tidak pasti yg mana satu. Dengan melakukan yg sedemikian, beliau telah melanggar polisi kelab yg menegaskan anggota parlimen Barisan Nasional tidak boleh menyokong apa yg dikemukakan pembangkang tidak kira baik atau buruk. Ini keluar dalam Berita Harian. Betulkan kalau saya silap.

Bukan sahaja di pihak kerajaan, malahan dahsyat juga lagi di pihak pembangkang. Seolah-olah segala-galanya ditentang. Tetapi politik biasanya memang begitu. Satu pihak sentiasa akan mengharapkan keburukan di pihak satu lagi. Mereka akan gembira dengan kesilapan di pihak satu lagi kerana mereka mendapat ruang untuk mengambil kesempatan. Mentaliti sebegini harus diubah. Tanpa mengira kita kerajaan atau pembangkang, kita harus sama-sama bekerja untuk kebaikan orang ramai.

Ada juga kes, semua anggota parlimen sebulat suara menyokong usul untuk mengutuk tindakan Israel dan memberikan bantuan kepada rakyat Palestin. Semangat begini yg harus dipupuk. Sokong yang baik, tentang yg buruk, tanpa mengira sama ada datang dari pihak lawan atau pihak sendiri. Perjuangan kita adalah mencari kebenaran, bukan kemenangan dgn menggadai jiwa.

2. Turun Padang
Saya sentiasa percaya, seorang pemimpin yg baik adalah pemimpin yg datang dari kalangan rakyat sendiri. Merasa kesusahan rakyat dan bergelumang dalam masyarakat. Seorang pemimpin yg tidak seperti begitu tidak akan memahami masalah sebenar dalam kalangan rakyat. Tetapi sangat sedikit pemimpin kita yg meluangkan masa untuk rakyat. Sedangkan mereka bekerja utk rakyat. Malahan mereka dilantik oleh rakyat utk membela nasib mereka.

Ramai yg menjadikan "kepimpinan" ini sebagai kerjaya dan bukannya sebagai "perkhidmatan". Ingatlah hadith Nabi Muhammad yg berbunyi, "pemimpin adalah khadam kepada rakyat". Maksudnya, rakyatlah yg sebenarnya diutamakan, dan pemimpin hanyalah seperti seorang khadam.

Melihat kepada kepimpinan para sahabat, mereka mengorbankan kekayaan dan perniagaan mereka utk rakyat dan tidak pernah menyalah gunakan harta rakyat malahan sangat takut tersilap menggunakan harta orang ramai utk keluarga mereka. Mereka tidak menjadikan kepimpinan sebagai medan mencari populariti atau medan mengumpul harta. Pemimpin sebegini kita cari.

3. later I guess..

Ada post(dalam Bahasa Melayu apa ya?) yg tajuknya lebih kurang sama dengan tajuk post saya. Ada beberapa perkara yg saya terlepas pandang tapi ada dibicarakan di --> Pacifist's Blog

~~~~~~~

[March 23, 2010], 5 Al-amin students were chosen to represent Kajang Zone for football. Like Keyrana said "good to hear Alamin is improving. :)". And debaters are now focussing on IIUM Inter-school Debate Tournament. Training hard. I hope so.

Currently staying at home. There's still another 2 months to finish my holidays. Sebab tu jugak la kot rajin sikit update blog bulan ni.hehe. dah post ke3 rupanya. Jarang dapat post sampai lebih dua kali dalam sebulan.

Pretty much of things is happening around us currently.. Which mostly tears apart my heart when I hear it. Palestine... Legalising betting?? ladidadida...

Tuesday, March 16, 2010

DATO' C Q TEO DEBATE

It's a bit blurry.but I think you should be able to figure each of them out.
picture: credits to Sharifah Rabi'atul Adawiyah [not in picture]


It had been a long week for me. Helping my juniors with debate training and becoming a volunteer for Al-Amin's Sports Week. I'm blackened by the sun!hohoh. Moga segala sesuatu yang dilakukan diterima sebagai satu amal di jalan Allah.

We have just finished our first debate tournament this year - Kolej Damasara Utama's Dato' C. Q. Teo Debate Challenge 2010 from 12-14March. To me these Al-Aminians did really great, especially those first timers. It was a great opportunity to grab a learning experience. They really did better than me in their very first tournament and I'm proud of them. If you girls and guys read this, I really mean it, down from my heart.

It was really fun spending time 'hanging out' with you lot. It was like living the dreams I didn't get the chance to when I was back in school.haha. And you guys even made me missed England a lot more.huhu. I hope I can get back there to finish off my Masters Degree and PhD.

Postman Pat.Thomas the Tank Engine.Dennis the Menace.Fireman Sam.our childhood memories.hahahah.

The list of Al-Amin debaters for KDU Tournament:
First Team (3wins 2losses)
1. Solehah Badrul [F2]
2. Umar Abdul Aziz [F5]
3. Raihan Abu Bakar [F5]

Second Team (1win 4losses.ngeh3)
1. Najihah Abu Bakar [F1]
2. Basyirah [F4]
3. Luqman Saiful [F4]

Observers (cameramen and 'loud' supporters)
Khairi Hamim [F5]
Luqman Hakim [F3]
Adawiyah [F4]
Dalilah [F?]
Izdiha [F1]

One thing that really cheered me up despite that many losses is that seeing them growing up and becoming better from time to time. Especially Solehah, Umar and Raihan. Solehah would be the one who progressed the most. Maybe because of the pressure being in the first team with Raihan and Umar.

I believe the other team progressed a lot too. Despite the cries behind the losses and fear.haha. I didn't get the chance to watch them during the tournament as I was with the first team. But what I know is that they get braver and better from time to time. Especially Najihah and Basyirah. Luqman also went humorous from time to time with lots of crazy ideas and speeches during the debate which we will laugh off at during the end of the day. A thing is that Luqman was also once announced the best speaker of the round. Congratulations I guess.

For full First Team results, click here--> Raihan's blog
For full Second Team results, click here--> Basyirah's blog (you must have her permission first)

addition, one girl from Sri KDU B which Team A went against--> Tiffany Khoo

I also believe that we deserve more wins than some others teams. I really feel we were much better than some of the quarter-finalists and we were much deserved to be there. But Allah knows best for sure. I hope we will do better in IIUM Inter-school Debate and MUSLEH International Debate. InsyaAllah..

The KDU Debate Challenge was full of Chinese and Indians and not many Malays around. What impresses me is that they were being very polite and friendly unlike many Malay Muslims. I don't know why. But I think they will make better daies with that kind of attitude. Even though the debate was really heated up, they would come to us afterwards and offer friendship. Not many Malay Muslims would do this I guess. We are much more into grudges rather than brotherhood ties. The time has came for us to forget our egos and to get down with our work.

I pray for a better future for all of us.
And for these great debaters.hope u will never stop progressing.keep fighting!
Solehah.Umar.Raihan.Najihah.Basyirah.Luqman Sr.Atikah.Luqman Jr.Adawiyah.Izdiha.Dalilah.

Err..Thanks to Luqman's perents (Pakcik Saiful & Aunty) for the Nasi Beraiani Dinner.It was great.TQ.May Allah bless both of you.

Friday, March 5, 2010

"The Kite Runner"

I just finished reading that above novel last night. It's a well told story by Khalid Hosseini with good plots and many cliches. If I was not asked to read it,certainly I won't have read it. Not of genres that I would even consider borrowing. However,when I read it,I find it a bit interesting and made me read to the last page. Here's a short review on the novel;

First thing that came to my mind when I started reading the novel is Umar alKhattab's sayings.. "didiklah anakmu sesuai dengan zamannya.jangan didiknya sebagaimana kamu dididik kerana dia dan kamu datang dari dua zaman yg berbeza". A father shouldn't expect too much of his son and and put pressure on his son to become just like him. At last he will be the one regretting. Then I also feel that the way Islam is pictured in the novel can create wrong assumptions towards the real Islamic teachings to those who don't have Islamic basics.. Beyond that, the storyline was good.

I'm also shocked and felt hilarious that Malaysia is actually mentioned in the final chapter. On the last page if I'm not mistaken. Only a few lines though. And I don't know if it's the truth or just a story.

I don't know if Bilal has another perspective of viewing the story. I always believe that reading the original novel is far much better than watching the movie. Bilal,feel free to comment and to through your thoughts!

Thursday, January 14, 2010

Selamat Ulang Tahun Kepada Born.A.Caliph

I'm back from hiatus!huh.It had been so long..but it was unavoidable..however,i intend to write due to this special occasion-FIRST BLOG ANNIVERSARY.haha.nampak sgt macam nak mengarut je..but i do really have something to convey.

firstly
why havent i blog for so long?
because,I DONT HAVE TIME FOR IT.and I mean it.huhu.I dont have my own laptop and when I'm home,the internet just could not be accessed.pity me.moreover,when I get the time and access I just dont feel like to blog.ada masalah iman kot..

banyak sgt sebenarnya benda dalam kepala ni yg rasa nak share.dan byk jugak benda yg berlaku di sekeliling yg nak sangat diceritakan.tapi dengan masa yg berlalu,dan tiada tindakan,maka segalanya pun lesap melayang ke udara.jadi tidak byk dah yg nak dikongsi.yang ada pun benda2 yg dah lapuk dan irrelevant sekarang.jadi,lupakan je lah..

secondly
sempena hari jadi bloggie ni,nak bicara la sikit pasal detik2 kelahiran blog yg semakin diabakan dan dilupakan ini.Saat hari ulang tahun merupakan masa yg terbaik untuk kita muhasabah diri secara keseluruhan.

soalan paling significant untuk ditanya.kenapa saya buat dan tulis blog?nah jawapan saya:

1. saya suka menulis tapi xde publisher nak terbitkan penulisan saya amek saya.haha.ofcourse la..tapi saya sendiri ada hajat nak publish buku malah membuka publishing company.best kerja dgn syarikat buku camtu.byk buku kita berpeluang nak baca.

2. sebab saya rasa terlampau banyak yg saya nak kongsikan dan saya perlukan platform untuk saya sampaikan jugak kepala otak saya ni.dan saya lebih mahir menulis berbanding berkata2.dan saya suka menulis dalam dua2 Bahasa Melayu dan English.lepas ni try arabic la pulak..haha.

3. saya kurang pandai menyusun bicara utk menarik orang mendengar dan saya kurang diberikan dan mencari peluang berbicara.kalau duduk ngn kawan2 pulak,abes jadi sembang je..mmg tak jalan..

JADI,saya pun create lah blog ni.dan saya jadikan blog ini sebagai tempat saya meluahkan pemikiran saya supaya dapat dikongsikan bersama orang ramai.namun manfaatnya kepada orang lain saya sendiri kurang pasti.mungkin sbb itu jugalah saya dah lama tak update blog ni.

Blog ini bukanlah untuk mereka yg dapat meluangkan masa untuk mendengar bila saya berbicara,tetapi blog ini adalah untuk mereka yg mahu berkongsi dengan saya,tetapi tiada masa untuk mendengar kata2 saya.bila mereka punya masa,saya pula yg tiada masa untuk mereka.

buat anda yg sudi berkongsi pemikiran dan idea dgn saya,sudi2lah jengok blog ni..apakah blog ini mampu memberikan apa2 sumbangan kepada pembangunan pemikiran anda?anda beritahu saya.dan akan saya hargai segala komen.

Allahu a'lam.