Sunday, April 8, 2012

FITRAH - Adalah Ia Suci

FITRAH is the name of my school's school magazine. Recently I was contacted by one of my teachers that asked me to write an article to share my experiences and motivate the juniors to participate in the coming's editorial board. I don't know if I managed to fulfil that. I hope I did. It is in Bahasa Melayu though. And since I haven't been writing lately and for a long time, I just thought that I should just share this. This is also the longest I've wrote since my last article below, I guess. This article will be published in the latest edition of FITRAH which will be out sometime soon - so I was told.


In the article below, I've discussed a few things related to our educational system in comparison to other schools. If you choose to read it, I just wish that you would not get offended by what I wrote. I'm not saying that other schools' aren't good, it's just that I love my school and I sincerely feel that it is THE BEST. If I offend you, I apologize in advance. You can always argue in the comments section below.


: : : : :


Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin was Solatu was Salamu ‘ala Rasulihil Amin.

Pertamanya, ana ingin menyatakan syukur kepada Ilahi kerana membenarkan majalah Fitrah ini diterbitkan buat edisi ketujuh. Tanpa izinNya, tidaklah mungkin FITRAH ini boleh terus diterbitkan. Setelah lelah usaha dan yang telah dirintis oleh abang-abang dan kakak-kakak pada tahun 2006, majalah ini dapat diteruskan secara konsisten dan dikeluarkan setiap tahun. Ini adalah satu pencapaian yang menggembirakan dan harus dibanggakan.

                Ana juga sedar, dari tahun ke tahun, struktur organisasi dan penyelarasan majalah sekolah juga bertambah baik. Selayaknya untuk ana mengucapkan tahniah kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan FITRAH edisi ini, dan juga kepada sidang editorial yang lalu yang telah menetapkan satu penanda aras dan menjadi contoh buat generasi-generasi berikutnya. Tahniah semuanya. Kita semua  boleh senyum dan berbangga dengan hasil kerja dan penat lelah yang telah dicurahkan bagi menerbitkan FITRAH ini. Semoga Allah menerima segala amal usaha kita sebagai kebaikan dan mengganjarinya dengan syurga nanti. Ameen.

                Satu pesan  dari saudara editor FITRAH yang pertama yang ana ingat sehingga sekarang adalah “andaikata kita tidak disibukkan dengan perkara-perkara yang berfaedah, nescaya kita akan disibukkan dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah”. Berpegang pada kata-kata inilah kami meneruskan apa yang telah dimulakan pada tahun 2006 itu – FITRAH dan CREATIVE. Walaupun semua ini tugas yang berat dan meletihkan, hasil kerja yang terbit dari segala usaha ini mengubat semua itu, malah menjadikan kami lebih bersemangat untuk terus berkerja dan berkarya.

                Belajar sahaja tidak akan menjadikan kita seorang insan yang bagus. Malah, kecemerlangan akademik sahaja tidak cukup untuk menjadikan kita seorang peribadi yang cemerlang. Segala sesuatu harus ada keseimbangannya. Ada satu perbidalan yang berbunyi, “all work and no play makes Jack a dull boy”. FITRAH inilah yang boleh menjadi medan untuk setiap kita menaik taraf kemahiran individu dan juga kemahiran berkumpulan.

Menjadi sebahagian daripada FITRAH ini memberikan ana peluang untuk mengenal beberapa perkara baharu dan mengasah skil-skil sedia ada. Antaranya termasuklah pengurusan organisasi, pengurusan masa, komunikasi, pemikiran kritis dan kreatif dan banyak lagi. Kesemua ini terhidang di depan mata kita. Namun, akhirnya terpulang kepada kita sama ada mahu mempelajari dan menguasai setiap satu kemahiran itu atau tidak.

Kita perlu menyedari bahawa dalam dunia sekarang, soft skills (kemahiran insaniah) yang kita miliki adalah apa yang menentukan “harga” kita di pasaran kerjaya selain daripada pencapaian akademik. Dan kerana itulah kita perlu melibatkan secara aktif dalam aktiviti-aktiviti di luar kelas seperti ini.

Namun begitu, ada beberapa persoalan yang perlu kita jawab berkaitan majalah sekolah ini – apakah peri pentingnya kita menerbitkan majalah sekolah ini? Semua sekolah-sekolah lain juga menerbitkan majalah sekolah, apa istimewanya FITRAH? Kenapa perlu kita buat seperti orang lain? Sebenarnya perkara ini telah dijelaskan di seawal dalam FITRAH edisi pertama lagi.

Peranan utama FITRAH adalah bertindak selaku duta bagi mempromosikan pendidikan Islam dan sistem pendidikan berteraskan tauhid kepada dunia luar. Kita ingin membuktikan apa yang sekolah-sekolah lain boleh laksanakan, kita juga boleh - dengan cara kita sendiri. Walaupun kita kekurangan dari sudut material, namun kita tetap boleh bersaing dari segenap sudut – akademik, kokurikulum dan juga pembinaan modal insan. Semua ini kita berjaya buktikan dari rahun ke tahun.

Malah kita ingin menunjukkan bahawa apa yang kita bina adalah lebih baik lagi sehingga membuka mata orang awam akan kebaikan dan kepentingan tarbiyah Islamiah yang kita dukungi dan banggakan. Selain melaporkan aktiviti tahunan, perkembangan dan kemajuan sekolah kita, FITRAH juga adalah satu koleksi nostalgia buat semua yang menamatkan pengajian di Al-Amin. Mahukah anda tinggalkan Al-Amin tanpa sebarang memento untuk anda pandang ke belakang dan mengenang kembali zaman persekolahan?

Mungkin juga FITRAH mampu memberikan semangat baru kepada semua senior untuk kembali berkhidmat di Al-Amin. FITRAH bukan hanya sekadar majalah sekolah. Ia adalah lebih dari itu. Maka seharusnyalah kita berasa ghairah untuk melakukan yang lebih baik lagi dari masa ke semasa. Kerana inilah tanggungjawab kita. Inilah dakwah kita - dakwah melalui pena.

Namun begitu, harus diingat bahawa ini bukanlah tugasan remeh dan boleh dilaksanakan di waktu lapang dan dilupakan pada waktu-waktu lain. Menjadi sebahagian dari siding editorial memerlukan komitmen dan kesungguhan untuk melaksanakan kerja ini sehingga terbitnya edisi FITRAH anda sendiri. Tetapi ia bukanlah menjadi sebab untuk anda takut. Andaikata anda mampu mengintegrasikan tiga komponen ini di dalam pengurusan kerja anda, insyaAllah anda mampu melaksanakannya dengan baik dan mudah – pengurusan masa yang baik, komunikasi yang berkesan dan kerjasama yang kuat dalam kalangan sidang editorial.

Menganggotai sidang editorial FITRAH tidak akan membebankan anda untuk belajar sekiranya anda mampu menguruskan masa dan membahagikan kerja dengan baik. Satu pesan buat kalian, anda tidak patut lakukan semua kerja sendirian. Andaikata merasakan tanggungjawab anda terlalu banyak, maka agihkanlah kerja-kerja yang ada kepada orang lain juga. Carilah sebilangan kawan-kawan anda yang mungkin berminat dan boleh melaksanakan kerja.Saling berbantu adalah kunci kejayaan kepada penerbitan FITRAH.

Akhirnya mintalah nasihat dan bantuan daripada muallim dan muallimah yang berpengalaman. Tidak salah juga anda menghubungi senior-senior yang pernah terlibat dalam menjayakan FITRAH bermula dari edisi yang terawal andai memerlukan sebarang nasihat dan bimbingan. Semuanya sedia membantu. InsyaAllah.

Kutiplah mutiara ilmu dan gunakanlah peluang ini sebaiknya untuk mempelajari benda yang baru di samping menyempurnakan kemahiran-kemahiran sedia ada dengan menjadi sebahagian daripada krew penerbitan FITRAH dan juga CREATIVE. Anda mungkin akan merasa lelah dan penat, namun semuanya akan hilang apabila anda melihat sendiri ratusan buku itu tiba di Al-Amin nanti. Anda akan gembira. Anda akan puas. Anda mampu melihat ke belakang dan berkata, “Aku telah menyumbang kepada sebahagian daripada kejayaan ini!”.

Akhir kata, ana ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada sidang-sidang editorial yang akan datang. Tidak ana lupakan, jutaan tahniah kepada sidang editorial FITRAH edisi ke-7 ini. Semoga Allah membalas usaha kalian dengan ganjaran yang melimpah ruah dan kejayaan di dunia dan Akhirat.


: : : : :

Hopefully I'll be back active with this blog soon.