Friday, July 31, 2009

KONSEP ADIL

Alright.. Cukup sudah mengarut dalam post2 yg lepas. Tiba masa untuk serius kembali.. Bismillah..

It came across my thoughts to discuss on this topic when there are so much debate on "keadilan"(justice, ok?). Terutamanya konsep adil yg dituntut oleh beberapa NGO yg agak dikenali dan diterima ramai.

Konsep adil sebenarnya mudah difahami. Tetapi yang menjadikannya sukar adalah kita sendiri.. Kenapa? Bagaimana anda memahami konsep adil? Bagaimana kita menjelaskan makna adil kepada adik2 atau anak2? Bagaimana kita menjawab soalan kawan2 yang baru nak mengenali Islam tentang konsep keadilan dalam Islam?

1. Sama rata..
Benarkah ini yg disebutkan sebagai adil?

2. Meletakkan sesuatu pada tempatnya..
"Hm?? Can you explain a little bit further?"
"Err.."

You probably know but you just don't know to explain it, right? yeah..

Adil seharusnya kita terjemahkan sebagi memberikan hak pada yang sepatutnya.. Saya lebih suka untuk menjelaskan konsep adil dengan memberikan analogy.

before that, credits to Bro Lim Jooi Soon and other Friendly Comparative Religion [FCR] members..

First analogy

[situasi pertama]
Kita bercerita tentang sepasang suami isteri. bayangkan begini..
Si isteri baru sahaja melahirkan seorang anak dan masih berada dalam pantang.. dan dia berkata dgn penuh manja kepada sang suami, "abang, tahun ni ayang dah lahirkan anak sulung kita.. tahun depan giliran abang lapulak ye..?"

[situasi kedua]
Seorang perompak memasuki rumah pasangan suami isteri yang tersebut tadi.. Sang suami dengan kejaguhannya melawan dan bergaduh dgn peromak tersebut. Si isteri hanya melihat dari tepi dan terjerit-jerit kerana risaukan si suami. sang anak melalak ketakutan terkejut mendengarkan suara ibu yang menggegar jiwa rapuhnya. 10 minit bergelut, sang suami berjaya menewaskan si perompak yang kemudiannya melarikan diri ke dalam hutan belakang rumah. si suami menerima ucapan tahniah dan pelukan dari isteri.

Keesokan harinya, situasi yg sama berlaku. perompak kembali untuk membalas dendam dan mununaikan hajat yg belum selesai. perompak mencabar si suami untuk beradu. akan tetapi sang suami menjawab, "tidak. semalam saya sudah bermati-matian mempertahankan rumah ini. hari ini giliran isteri saya pula. dalam rumah ni kami membahagikan tugas dengan adil"

Second Analogy

seorang lelaki mempunyai dua orang isteri yang solehah. mereka hidup harmoni sebagai sebuah keluarga dan bergerak bagaikan sebuah unit. isteri yang pertama dengan rezeki Allah dikurniakan 5 orang anak. anak pertama sedang di universiti. manakala anak kedua hingga kelima sedang bersekolah menengah dan rendah.
Isteri kedua, juga dengan rezeki Allah dikurniakan dengan 3 orang anak. anak pertama hingga ketiga semuanya masih bayi.
untuk berlaku adil (si suami menganggapnya adil) si suami memberikan perbelanjaan rumah kepada kedua2 isterinya sebanyak rm1000 untuk isteri pertam dan rm600 untuk isteri kedua untuk seminggu. cukup adil bagi anda yg membaca?

Mudahkah sebenarnya untuk berlaku adil?
Mungkin ya mungkin juga tidak. Pelbagai perkara harus diambil kira untuk berlaku adil. Tidak sewenang2nya hanya dengan pengagihan sama rata. Sama rata boleh menjadi adil dan juga berat sebelah (tidak adil=zalim) mengikut situasi2 tertentu.

Analogy pertama pada kedua2 situasi terang2 tidak adil. Kenapa? Anda fikir sendiri..

Analogy kedua secara halus si suami telah berlaku tidak adil tanpa disedari.. Kenapa? Yang ini saya elaborate sedikit.
Kerana banyak lagi faktor luaran yang harus diambil kira. Benarkah sama perbelanjaan anak yg sudah masuk universiti dengan anak yg masih bayi. Anak yg sudah dewasa cukup andai hanya diberikan duit makan, tapi bayi pula perlukan susu, lampin, rawatan bulanan, suntikan, dan pelbagai lagi kelengkapan dan keperluan bayi.

Jadi bagaimana adil?
Adil dengan mempertimbangkan segala hak, kemampuan dan keperluan sebelum membuat sebarang keputusan tanpa terburu2. Adil tanpa menafikan hak sesiapa. Adil mengambil kira maslahat semua.

Saya yakin anda semua sudah tahu, faham dan cerna pun sebenarnya konsep adil. Tapi semoga dengan perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam menghadapi orang2 yang baru mencuba hendak m
emahami islam atau berdepan dengan musuh2 yg mencari cacat cela agama suci ini.

Dan harusnya kita berhati2 dengan segala jawapan yg kita berikan agar tidak mendatangkan fitnah pada agama. Teliti dahulu soalan yang diajukan dan fikirkan jawapan dan penyampaian terbaik. Jangan malu untuk mengatakan anda tidak tahu sekiranya anda mmg benar2 tak tahu. Jangan sesuka hati menggoreng segala apa sahaja sekadar kerana mahu mempertahankan maruan. Sedarlah, kejujuran anda dinilai oleh mereka.


Siapa tak setuju dgn saya bagitau! Komen anda dialu2kan bg memanaskan perbincangan ni. Siapa nak tambah pun boleh..

Monday, July 13, 2009

DEBAT PIALA MUSLEH 2009

Suka untuk saya coret di sini ucapan TAHNIAH saya kepada pasukan pendebat Sekolah Menengah Sri AlAmin Bangi terutamanya pasukan debat Bahasa Inggeris yang dibarisi oleh
1. Umar Abdul Aziz
2. Raihan Abu Bakar
3. Atikah Umar
4. Amierah

Within only a month knowing and training parliamentary debate, you guys manage to go as far as the semifinals and win against more experienced teams. Congratulations guys! Its worth spending time with you guys and seeing good results.


ni gambar mereka
gambar Umar xnampak..sori Umar.hehe
Raihan semangat gile
!
Nah!Gambar Umar.
..blurry..
gambar Amirah xde..sori lah..
sape la amek gambar2 ni..haih~


Tahniah juga kepada pasukan debat Bahasa Melayu atas usaha yang dicurahkan dan peningkatan yang sangat memberangsangkan, terutamanya kepada yang baru mengenal debat. Tahniah kepada anda
1. Husna Ishkandar
2. Izzati Hariffin
3. Maryam Khazani
4. Imran Hakim
5. Nu'man Hani
6. Adam Azland
7. Afifi Fauzi
8. Khairi

Antum masih berpeluang lagi pada tahun hadapan. Next year InsyaAllah kita akan start training lebih awal and hopefully dapat ke IIUM Interschool jugak.. Bear this in mind - kita pulang dengan seribu pengalaman, kita akan kembali dengan seribu dendam. I mean it in a good way though =)

Maklumat lanjut debat MUSLEH
http://debatmusleh.blogspot.com/

Saya terkenang kepada team saya pada 2007 dulu..The best team i had ever been with

Muallimah Azziah [trainer]
Luqman Rosli [second]
Husna Ishkandar [first]
Munzir Roslan [reserve]