...
Bukan nak menafikan kewujudan gerakan kristianisasi. tapi ini semua bukanlah jgk benda yg pelik. Agenda kristian dah lama dah. malahan adalah satu gerakan global sepertimana juga gerakan dakwah Islam. Jadi bila ada kat Malaysia kita tak seharusnya pelik. Jgn juga gelabah dan panik. Isu kristian ni bukan dekad ni baru timbul. Mereka mmg ada agenda.
Syiah pun ada agenda.
Hindu ada agenda.
Sufi ada agenda.
Kita pun ada agenda.
Cara terbaik utk melawan semua agenda2 sesat ni ialah dengan memperkukuhkan jatidiri dan akidah orang Islam.
Bukan semata2 menyekat penyebaran agama lain.
Sesuatu ideologi xkan mati atau hilang dengan kekerasan tp dibunuh dengan hujah dan dalil.
Seandainya kita yakin Islam tu adalah jalan hidup yg sebenar, kita tak seharusnya takut. Malah kita akan lebih kuat bekerja. utk menang, kita lah yg perlu gerakkan satu movement utk memberi kefahaman islam kepada masyarakat melalui usaha tarbiyah dan dakwah. Tak perlu duduk sibuk marah kepada agama lain kalau kita pun duduk diam tak buat kerja.
Diantara mereka yg menyebarkan dakyah kristian tu ada yg benar2 ikhlas percaya itu agama yg betul dan dia nak share dgn org lain. org sebegini kita kena jadikan kawan dan ajak dia kepada persamaan, bukan permusuhan dan perpecahan. Kita boleh berdebat dgn baik. Cuba check AliEmraan:64.
Kutukan dan cercaan hanya menampakkan peribadi buruk seorang muslim. Seolah2 kita takut dan tak yakin islam itu benar dan mampu dikalahkan. mmglah, tapi bukan sebab islam tu lemah dan salah. tp sebab kita penganutnya yg tak buat kerja kita. lepas tu kita nak salahkan penganut agama lain yg buat kerja mereka menurut suruhan agama mereka.
just ask ourselves a question, kita suka tak kita diburuk2kan dgn tidak adil dalam media2 barat? dikatakan teroris, ada agenda menjadikan Amerika sebuah negara islam mega, nak melaksanakan hudud di US. semua ini lemparan kata2 dan tohmahan yg memang wujud di sana dan ditunjukkan secara negatif oleh media. kalau tak suka, then we should not do the same towards other ppl.
dalam media2 barat, org islam dilabelkan dgn pelbagai nama2 negatif dan dituduh macam2. semua adalah tuduhan yg tidak adil. malah tak langsung memberi ruang kpd orang islam utk jawab. kat atas antara contoh2 kata2 negatif terhadap umat islam di barat (khususnya US).
Mereka dituduh cuba menggulingkan kerajaan dgn "jihad" dan nak melaksanakan syariah kat US. Umat islam digambarkan sebagai teroris dan penjenayah. penjenayah "semuanya" org islam. semua ini digambarkan dgn sgt negatif dalam media2 mereka.
kita marah dan tak suka dorg wat macam tu. pada kita tak adil la tuduh2 dan gambarkan org islam sbg org jahat. maka seharusnya kita pun jgnlah buat benda yg sama terhadap org2 beragama lain di negara kita.
kan pernah je keluar berita now and then, duk kutuk2 gereja sbb bantu and bg makan kepada org islam yg miskin. dikatakan cuba sebarkan dakyah kristian la. edarkan bible bahasa melayu la. dah tu kita sendiri tak bantu org2 miskin kita, kenapa nak salahkan org lain yg nak bantu. bukan salah dorg nak dakyah umat islam kpd kristian, tp salah kita sendiri.
Kita yg lemah. wang zakat tak sampai kpd org yg sepatutnya. pengurusan dan pentadbiran agama (especially zakat) yg tidak profesional. bila kita lemah, patut ke kita sandarkan kelemahan kita pada kekuatan org bukan islam? "kita lemah sebab kita ditindas org kristian dan atheis"? tidak. kita lemah sbb kita meninggalkan agama kita sendiri.
I am not blaming anyone, most certainly not those ustaz who revealed the Christian agenda.I believe his intentions are pure but is misunderstood by other ppl. dia just nakkan kita sedar, kita umat islam mundur dr melaksanakan tugas2 kita.
Just my humble opinion Allahu A'lam