Sunday, February 8, 2009

MOTIVATE YOURSELF!

I've once imagined of being a motivator and have my own books published. I would like to write "Motivate Yourself. Than Help Others Motivate Themselves". Tapi adakah diriku sendiri bermotivasi? Mampukah aku memotivasikan orang lain pula? Angan-angan yang cukup besar. Aku sebenarnya cuma mempunyai pemikiran yang bercanggahan dengan pakar-pakar motivasi dan pelajar-pelajar cemerlang yang lain. Mungkin kerana aku tidak tergolong dari kalangan mereka-mereka yang hebat itu. Apakan daya diri yang lemah ini melainkan terus berusaha sehabis boleh dan meraih yang sebaik mungkin.

Baru-baru ini ada seorang kawan datang meminta pertolongan. He is having hard times with his studies. Katanya telah berjumpa dengan seseorang itu dan meminta nasihatnya, namun masih mahukan pandanganku. Masalahnya bukan sebarangan masalah. Tapi masalahnya menjadi semakin rumit bila berhadapan dengan tekanan dari pensyarahnya dan juga peer pressures. Ini bukan kali pertama dia datang kepadaku. Tetapi kebiasaannya dia akan datang kepada aku selepas dia bertemu dengan rakan seorang lagi ni.

Lalu aku pun tanya,"Apa yang dia cakap kat kau tadi?".
Jawapannya berjela-jela.tak perlulah aku nyatakan di sini. Semuanya berupa cadangan dan suruhan yang diberikannya kepada rakan yang menghadapi masalah ini. Aku tidak terkejut, malah sudah menjangkakannya.
Aku pun memberikan cadangan aku pula dan perkara-perkara yang ku kira penting dari sudut pemikiranku yang kolot dan sempit ini. Pada penghujungnya pula aku katakan,"Sebenarnya orang lain hanya mampu bagi cadangan. What suits you the best,you know better than anyone else. And it's up to you to pick the best solution to your problem because you know yourself better than we do."

Sebenarnya bukan nak cerita pasal kawan ni pun. Tapi sekadar nak bagitahu situasinya sahaja.

This is actually what is in my mind.
I don't believe in most of the motivators! And I don't really bother to go to motivationanl talks.
Why?
Because I can't accept it when someone tells people to do this and that-Not to study that way-It must be this way-You must buy this and that-all sorts. A motivator should tell that everyone has a style that suits them the best-that they have to seek it themselves. And not by being a copycat.

That's why I don't prefer attending talks held by motivators and those very-very bright students that have passed their exams with flying colours. No matter who they are. I really mean it.
It's because because before we can follow their reccomendations, we have to study their lifestyle, family support and pressure, economical support, and all stuffs. Why do I say that?
Ini adalah kerana tidak semua kita ini sama. Ada dari kalangan kita yang ibu bapanya mengangkat segala bebanan tanggungjawab di rumah daripada mereka dan ada pula yang ibu bapanya terpaksa bergantung harap kepadanya untuk banyak perkara. Ada pula dari kalangan kita yang suka bermain bolasepak dan ada pula yang hanya melibatkan diri dalam kegiatan debat ala parlimen. Ada juga mereka yang disokong oleh kedudukan kewangan keluarga yang kukuh dan ada pula yang terpaksa membeli hanya buku-buku terpakai dan tidak mampu mendapatkan buku-buku rujukan. Jadi adakah kita semuanya sama? Hakikatnya, KITA BERBEZA(dari satu sudut)!

Ada yang berjaya dengan cara study membuat latihan yang banyak, namun ada juga yang berjaya dengan cemerlang dengan hanya membaca buku-buku teks mereka. Saya sendiri lebih suka untuk study dengan cara menulis nota daripada apa yang telah saya baca, sedikit mengambil masa tetapi berkesan untuk saya. Namun ada juga rakan-rakan saya yang tidak memerlukan sebarang nota langsung tetapi mereka boleh berjaya jauh lebih cemerlang dari saya. Malah saya lebih suka untuk berjaga malam untuk study (AMARAN:ditegah oleh kebanyakan pakar motivasi dan pelajar cemerlang) tetapi berkesan untuk saya. Tidak semua orang akan setuju dengan cara saya. Betul tak?

Hakikatnya, pada saya setiap orang ada cara study yang sesuai dengan diri mereka. Tidak salah sekiranya ingin mencuba cara orang lain tapi janganlah bila dah dekat sangat dengan exam. Kerana takut ia akan memakan diri. Buatlah persediaan dari awal.Jadilah diri anda sendiri!

Mungkin perkara-perkara berikutlah yang anda perlu pertimbangkan dalam menentukan cara study anda:
- masa study (anda tentukan)
- tempat study (rumah,meja,katil,ruang tamu,padang?)
- postur badan anda ketika study (keselesaan penting)
- suasana tempat study (senyap dan sunyi,sedikit musik atau pasar?)
- cara study (nota,latihan,baca dan hafal?)

Namun, apa yang perlu ada dalam diri setiap yang ingin berjaya adalah KEAZAMAN! Inilah sebenarnya apa yang setiap motivator tanamkan dalam diri setiap pelajar. Dengan keazamanlah akan terbentuk usaha.

Setiap orang perlu percaya pada kemampuan masing-masing dan bertindak sesuai dengan kemampuan masing-masing. Inilah apa yang perlu dititikberatkan - KESESUAIAN! Janganlah terikut-ikut dengan orang lain.

Perlu diingat, orang yang berjaya sebenarnya adalah seorang yang seimbang dari semua sudut. Orang yang berjaya bukanlah orang yang hanya cemerlang dalam pelajaran tetapi mengabaikan aspek-aspek penting lain seperti kemahiran kepemimpinan, sukan, malah yang paling penting-agama. Jadilah seorang yang seimbang! =)

NOTHING IS IMPOSSIBLE.EVERY DREAM CAN COME TRUE IF YOU ARE DETERMINED TO PURSUE IT.

Saya cadangkan buku DARE TO FAIL karangan Billy Lim.

Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan saya. Blog ini sentiasa terbuka untuk dikritik dan dicerca.
Silakan komen.

meminjam kata-kata,
Akui yang baik, koreksi yang buruk

No comments:

Post a Comment