Monday, August 24, 2009

RINDU

Aku rindu..

rindu pada tarawikh di Surau Raudhatul Hasanah yg sudah lama tidak dijengah
selama merantau di negeri sendiri (Selangor je..) belum lagi ku temui masjid atau surau yg se'feeling'nya perasaan aku ketika bertarawikh disana
rindu nak ke sana

rindu pada bacaan Abg Hafiz yg selalu dtg ke Surau Raudhah
sungguh merdu dan meruntun hati
datangnya dari Kemboja
ketika itu dia masih menuntut di Kolej Darul Hikmah beberapa tahun yg lepas
dimana di sekarang agaknya..

rindu pada sahabat lama juga dari Kemboja
Abg Ali nama
juga mahasiswa Kolej Darul Hikmah tika itu
dengarnya sambung belajar di KUIS
rindu ingin bertemu..

21 AUGUSTUS 2009

..sebuah catatan ringkas..
Sekadar memperingati 2 peristiwa besar pada 21 ogos tahun ni..

Pertama, HARI ALQUDS SEDUNIA
40 tahun yg lepas Masjidil Aqsa telah dibakar oleh pengganas zionis
seorang doktor perubatan dari Australia
kemudian akhirnya dibebaskan atas alasan tidak siuman

Kedua, maghrib 21 ogos merupakan btarikh mulanya 1 RAMADHAN
malam pertama, tarawikh pertama untuk tahun ni
moga Ramadhan kali ini lebih baik berbanding sebelumnya..

Saturday, August 22, 2009

KHAS BUAT BILAL

Xmau ckp byk. Anda nilai sendiri..
Bilal
[Azhar, Mesir]
Ben
(Benyamin)
[CFS, Malaysia]

Sunday, August 9, 2009

DO YOU EVEN CARE?

Baru sebentar tadi saya menonton rancangan "My First Million Dollars" yg ditayangkan di NTV7 pada jam 6:00 hingga 6:30. Untuk rekod, hari ini 9August2009. Rancangan berbahasa mandarin ini berkisar tentang kejayaan perniagaan masyarakat Cina di Malaysia(kalau tidak silap saya). Dan entah mengapa saya lebih suka menonton rancangan2 bahasa asing berbanding bahasa sendiri. Mungkin kerana rancangannya yg lebih menarik minat saya dan berinformasi. Namun tidak saya nafikan kepentingan bahasa ibunda.

Berbalik kepada rancangan tv tadi.
Pada hari ini mereka membicarakan dan menemubual seorang peniaga pau. Beliau seorang non-muslim tetapi mengasaskan syarikat Pau Ahmad. Katanya, pada tahun 1985, beliau melihat pau menjadi makanan masyarakat Cina tetapi tidak Masyarakat Islam(he mentioned "Malays" but I believe what he meant is "Muslims"). Jadi, sebagai satu sasaran meluaskan pasaran dan pernigaan beliau serta mengembangkan ekonomi syarikat, beliau meletakkan masyarakat Islam sebagai sasaran pengguna.

Pada tahun tersebut, sijil dan logo Halal belum lagi wujud(he said..I'm not sure myself.but i don't think he's lying). Masyarakat Islam pula akan meragui produk makanan yg dikeluarkan oleh syarikat non-muslim(syarikatnya). Jadi, untuk meyakinkan pengguna, maka beliau merasakan perlu untuk meletakkan nama Islam pada produknya(katanya..) sebagai tukaran kepada keyakinan yg boleh diletakkan oleh masyarakat Islam. Maka beliau memilih untuk menamakan produknya sebagai Pau Ahmad. Maka yakinlah kita untuk membeli dan memakannya kerana kita meyakini ianya halal berdasarkan nama Islam yg diletakkan. Kini beliau telah pun mendapat pengiktirafan dan sijil Halal JAKIM.

Apa yg membuatkan saya sedih?

1. Saya suka makan pau ini. Tetapi baru saya tahu pemiliknya adalah non-muslim..saya rasa tertipu. Bukan saya racist dan membenci agama lain. Pada saya mereka adalah sahabat kita juga. Tetapi seharusnya saya lebih menyokong produk buatan orang2 Islam supaya Islam lebih maju. Kini yang menerajui industri Halal pun bukanlah orang Islam yg memonopoli. Saya terkedu dan sedih.

2. Saya menonton video yang ditayangkan dalam rancangan tersebut yg memaparkan kilang pembuatan Pau Ahmad. Saya melihat pekerja2nya yang menguli dan menyusun pau itu langsung tidak memakai sarung tangan! Dan saya tidak pati siapakah pekerja syarikat tersebut kerana semua mereka memakai penutup muka. Andai pekerjanya adalah bukan Islam, maka makanan yg mereka hasilkan boleh diragui halalnya. Kerana kita tidak tahu apakah yang mereka makan atau pegang sebelum datang ke kilang. Sekiranya najis mughallazah dan belum disamak, mahukah kita makan?
Apa pun, menurut beliau kilang yang dibina dgn teknologi moden itu mengikut standard dan piawai antarabangsa. Saya pun tak tahu yg mana satu yg sebenarnya perlu mengikut standard antarangsa. Kilangkah atau pekerja. Pekerja sepatutnya didahulukan mengikut piawai yg ketat, bukan kilang! Dan piawai yg ditetapkan seharusnya mengikut garis panduan Islam supaya selamat untuk kita makan. saya sedih..

Saya bertekad untuk menyokong produk buatan Islam sehingga islam mampu menguasai ekonomi seperti mana jayanya oarang2 Yahudi dan Cina di seluruh dunia(saya tidak racist.yg saya maksudkan adalah non-muslims.saya sayangkan agama saya.everyone does). Mereka berjaya kerana mengutamakan produk2 buatan masyarakat mereka berbanding produk lain walaupun produk yg mereka hasilkan lebih mahal. Apabila sudah menguasai ekonomi, mereka boleh pula mengawal harga pasaran. Ketika itu, harga produk mereka akan menjadi lebih murah dari produk2 lain. Bila pula masa kita akan sampai?

sedih...sedih...sedih...

Saya akhiri post ini dengan kata2 pengacara rancangan yg saya terjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia(ofcoz saya amek dari subtitle..hahah.macam x sesuai pulak gelak kat sini.saya nak sirius)

"Pau Ahmad telah berjaya. Kita jumpa lagi di episod yg akan datang"