Friday, August 5, 2011

A TREE ONCE LOVED








Dialog 1
Sebuah petang yang hening dan tenteram di selatan Ibu Kota Kuala Lumpur. Sebuah tempat bernama Sungai Ramal Dalam, yang terletak di titk pertemuan tiga daerah - Serdang, Bangi dan Kajang. Daereh yang pernah diduduki hero Malaya - Leftenan Adnan. Di sebuah rumah terrace corner lot yang mempunyai laman yg penuh dengan kehijauan. Sebuah keluarga berbicara ringkas mengenai pokok2 yang ada di laman.


dalam rumah
Ibu : Zubair, tolong pergi siram pokok di luar tu.. Lama dah tak bersiram tu..
Saya : Baik ibu.


Saya(beralih kepada adik berusia 4 tahun) Liyana, jom ikut abang siram pokok?
Liyana : Ok. jom!


di laman luar rumah
(sedang menyembur pokok dengan hos air)


Liyana : Abang, kenapa Ibu sayang sangat kat pokok-pokok2 ni?
Saya : Kenapa? Yana tak sayang ke semua ni?
Liyana : Yana sayang pokok yang ada buah je..
Saya : Yang ada bunga? Yang lain tak sayang?
Liyana : Yang ada bunga sayang juga.. Yang lain tak.. Tadi pun Wak sebelah tu bagi buah kat kitorang dari kebun sebelah sana tu.. (ignore the end part.dah lari topik..)


Perbualan ini membuatkan saya teringat kepada satu kata-kata oleh Hasan Al-Banna;


"Jadilah kamu seperti pohon yang berbuah,
apabila dilemparkan batu,
dibalas kembali dengan buah-buahan" 

Setiap Muslim haruslah menjadi seorang yang memberi manfaat kepada manusia dan masyarakat di sekelilingnya, tanpa mengira bagaimana layanan mereka terhadap kita. Sepertimana juga Nabi Muhammad mendepani pelbagai ujian, begitu juga para rasul sebelumnya. Namun, mereka tidak pernah jemu membawa kebaikan kepada umat mereka.

Andai kita tidak menjadi sedemikian, maka kita akan menjadi seperti pohon-pohon yang tiada buah, yang tidak memberi manfaat kepada manusia melainkan hanya sedikit - atau tiada. Ketidak hadiran atau kehilangan kita pun tidak akan dirasai dan dengan cepat akan dilupakan manusia. Malahan lebh buruk lagi, dibenci oleh manusia kerana kurangnya manfaat yg mampu ditawarkan.

Untuk orang sebegini, mereka haruslah digesa dan digalakkan supaya mencari potensi diri yang mampu memberi kebaikan kepada ramai. Andai merasakan diri tiada kebolehan, maka mencari dan menguasai ilmu sahajalah caranya. Tidak boleh bertolak ansur dengan alasan-alasan yang hanya akan membantut perkembangan diri.


Dialog 2
Suatu petang yang panas di sebuah kawasan jauh di luar bandar. Di satu perkampungan yang penuh dengan kehijaun, di ceruk sebuah negeri yang bernama Pahang. Di daerah Temerloh, di kampung Paya Luas, di Jalan Haji Taib (bukan Lorong Haji Taib di KL ya), seorang cucu dan neneknya berbual ringkas di hadapan sebuah pokok yang besar dan tinggi di belakang rumah.


Di laman belakang rumah
Saya : Nenek, pokok besar ni dah berapa usianya?
Nana : Tua dah ni.. Berpuluh-puluh tahun juga.. Tapi dia dah tak nak berbuah lagi dah..
Saya : Ooo..
Nana : Orang tua-tua ajar kalau pokok yang dah tak berbuah ni, kita kena ugut dia baru dia berbuah semula..
Saya : Ooo..

Nana : (sambil menepuk-nepuk batang pokok) Hey engkau nih! Kalau dah tak nak berbuah lagi, aku tebang kau!!
Saya : =D


Kisah ini bukan dirujuk untuk menceritakan petua warisan nenek moyang. Tetapi merujuk kepada perbuatan mengingatkan pokok tersebut akan tanggungjawabnya untuk berkhidmat kepada manusia. 

Begitu juga manusia, andai gagal memberikan nilai tambah kepada masyarakat yang mereka tumpangi, maka buruklah pandangan manusia kepadanya. Lebih-lebih lagi andai kehadirannya di situ hanya dirasakan sebagai "menyemak" sahaja. Di sini kita harus bermuhasabah. Hakikatnya manusia tidak suka kepada sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat kepada mereka.

Bagaimana hendak mengendalikan Muslim sebegini? Mungkin ugutan berkesan juga. Mungkin nasihat lebih baik. Bergantung kepada individu tersebut, kerana setiap manusia berbeza dan pendekatan untuk setiap satu juga berbeza. Perkara paling penting adalah sentiasa duduk bersama orang-orang soleh. Moga mendapat tempiasnya.

Nasihat ini adalah untuk diri saya sendiri.  Semoga saya mampu menjadi pohon yang berbunga dan berbuah, disukai serta disayangi oleh adik-adik seperti Liyana. Memberi manfaat kepada umum tanpa mengira siapa. Sebagai pharmacist, sebagai seorang sahabat, sebagai seorang jiran, above all, sebagai seorang Muslim.

Be a tree that will always be loved forever. At least, as long as you live..



This is an attempt to write in Bahasa Melayu baku. Reading it back, it's boring. BORING!! I think I write better in English.

2 comments:

  1. "This is an attempt to write in Bahasa Melayu baku. Reading it back, it's boring. "

    controversial ni. :D

    insya Allah, pokok yang dicintai. at least , as long as you live.

    ReplyDelete
  2. Asif

    anta yang menimbulkan kontroversi kat sini..hehe
    I said my karangan is boring
    Bukan Bahasa Melayu yang boring ye..

    ReplyDelete