Sunday, May 31, 2009

JADIKAN AKU DARI KALANGAN YG SEDIKIT!

Salam. Dah lama tak usik blog ni. Bukan tidak mahu tapi tidak mampu. Entri kali ini saya tulis buat diri sendiri. Tapi anda semua dipersilakan baca..semoga bermanfaat buat anda.

Final exam sudah berlalu.. Institusi pengajian telah aku tinggalkan setelah setahun setengah yang penuh dengan wonderful experiences. Banyak yang aku peroleh, tapi sebanyak mana pula telah aku memberi..? A question that I must answer. By the way, I have something more important to write..

.....

Menjelang peperiksaan, barulah diri sendiri tahu payah dan jerihnya segala-galanya. Andainya persiapan awal dilakukan, semestinya keadaan tidak menjadi begitu perit. Masa menghadapi kesusahan begitu, barulah rasa menyesal dan azam hendak berubah. Tapi bila segalanya berakhir, macam tu lah jugak perangai.

Exam sememangnya menyedarkan aku tentang satu perkara. Manusia apabila merasa susah, barulah hendak kembali kepada tuhannya. Not to exclude myself. Apabila gelisah menghadapi exam, barulah akan terasa nak lebihkan doa dan ibadah. Moga-moga tuhan bantu aku yang dalam sedikit kesusahan. Namun, apabila segalanya berakhir dengan baik, mulalah nak lupa. Lupa kepada betapa Tuhan Maha Pemurah. Lupa untuk bersyukur.

Tuhan seringkali membantu aku yang kesusahan menghadapi exam. Kali ini bukan pertama. Aku terasa betapa sedikitnya usaha aku untuk menghadapi PMR dan SPM, tapi aku beroleh keputusan yang agak baik. Tiada yang teruk. Alhamdulillah. Allah Maha Pemurah walaupun aku ini selalu sahaja melupakanNya. Dan kerana itulah entri kali ini ditulis, supaya aku tidak lupa.

Menjadi fitrah manusia untuk mencari pertolongan kepada kuasa ghaib apabila menghadapi saat-saat sukar dan payah. Kerana mereka tahu, manusia tidak punya apa dan tidak mampu membantu. Dan saat-saat sebegitulah baru aku akan sedar diri. Barulah aku akan lebih kerap mengingatiNya dan lebih bergantung harap kepadaNya. Dan ketika itulah aku terfikir untuk mencoretkan semua ini dalam blog. Alang-alang dah lama tak munulis. Mudah-mudahan dengan ini aku akan sentiasa ingat siapa aku.

Aku terfikir, final exam ini merupakan imtihan pertama aku. Walaupun namanya final, tapi ia adalah permulaan buatku. Imtihan kedua bermula sebaik sahaja tamat final exam. Sejauh mana aku bersyukur dengan segala apa bantuan yang telah Tuhan berikan. Sejauh mana aku mengamalkan dan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari. Adakah terhenti sekadar dengan berakhirnya final exam dan lulus ataupun aku pelajarinya supaya aku boleh memandu hidup kearahNya.

Aku merasakan aku seorang yang selalu gagal dalam imtihan kedua. Aku tidak mahu ia berulang begitu. Apabila kesusahan datang barulah aku terhegeh-hegeh mengharap kepadaNya. Bila kesusahan datang barulah aku sedar aku hanya insan yang lemah. Segala yang aku kecapi dalam hidup bukanlah kerana usaha aku semata-mata, akan tetapi kerana Tuhan itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Dia tahu aku tidak mampu diuji dengan kegagalan. Aku tidak suka gagal. Dia tahu aku lemah. Aku mahu berjaya dalam segala apa yang aku lakkukan. Jadi Dia uji aku dengan kejayaan dan kemudahan aku memperoleh segala apa yang aku hajatkan. Apakah aku bersyukur?

Semasa menghadapi final exam inilah, aku terfikir macam-macam. Segala-galanya membuatkan aku menginsafi kelemahan diri. Aku bersyukur dengan ujian ini. Moga-moga aku terus bersyukur dan tidak perlu menunggu untuk diuji baru hendak sedar diri. Kerana aku hambaNya. Maka seharusnyalah aku bertindak sebagai seorang hamba.

Allahumma j'alni minal qolil..

Sunday, May 3, 2009

SMIH JB ROCKS!!!

Uh. Salam

I have not write for a while. Can't say I'm really busy. But that's the reality. I'm BUSY! The exam is just around the corner, and I'm also sort of "off the mood" for some reasons. Anyway, I was triggered to write this time-by the glorious victory of those of our friends in Smi Al-Hidayah Johor Bahru.

Well, for your information, their debate team had done so great this year and eventually won the first place for Bahasa Melayu catagory of the IIUM Inter-school Debate Championship. Oh. I just wasn't there this year. So unlucky me. Congratz guys! I'm proud to say that I have once met know you guys! hoho. [well, I mean some of you]

Their English team did well too. They won the second place! So it was SMIH JB with a team in both finals! Oho. ah. But I'm not there watching them this year!

This should be a tribute to their seniors which did so much for the school team. You are the ones should be credited the most. So I would like to address my utmost congratulations and highest respect to both my friends whom trained and helped those winners a lot
1. Saiful Islam
2. Daeng Ahmad Saifullah
3. and others behind the team

Eventhough I'm not from the school, but I do feel proud for them as much as their parents, teachers and friends. That is because they are my brothers and sisters too. You've done a great work for yourselves, the school and hopefully for The Ummah. As an ex-student of Al-Amin Bangi, I do feel great for you. Congratulations again.

TRIBUTE! A standing ovation and thunderous applause for you guys!

I just don't yet have their pics right now. I'll upload it as soon as I get it.