Final exam sudah berlalu.. Institusi pengajian telah aku tinggalkan setelah setahun setengah yang penuh dengan wonderful experiences. Banyak yang aku peroleh, tapi sebanyak mana pula telah aku memberi..? A question that I must answer. By the way, I have something more important to write..
.....
Menjelang peperiksaan, barulah diri sendiri tahu payah dan jerihnya segala-galanya. Andainya persiapan awal dilakukan, semestinya keadaan tidak menjadi begitu perit. Masa menghadapi kesusahan begitu, barulah rasa menyesal dan azam hendak berubah. Tapi bila segalanya berakhir, macam tu lah jugak perangai.Exam sememangnya menyedarkan aku tentang satu perkara. Manusia apabila merasa susah, barulah hendak kembali kepada tuhannya. Not to exclude myself. Apabila gelisah menghadapi exam, barulah akan terasa nak lebihkan doa dan ibadah. Moga-moga tuhan bantu aku yang dalam sedikit kesusahan. Namun, apabila segalanya berakhir dengan baik, mulalah nak lupa. Lupa kepada betapa Tuhan Maha Pemurah. Lupa untuk bersyukur.
Tuhan seringkali membantu aku yang kesusahan menghadapi exam. Kali ini bukan pertama. Aku terasa betapa sedikitnya usaha aku untuk menghadapi PMR dan SPM, tapi aku beroleh keputusan yang agak baik. Tiada yang teruk. Alhamdulillah. Allah Maha Pemurah walaupun aku ini selalu sahaja melupakanNya. Dan kerana itulah entri kali ini ditulis, supaya aku tidak lupa.
Menjadi fitrah manusia untuk mencari pertolongan kepada kuasa ghaib apabila menghadapi saat-saat sukar dan payah. Kerana mereka tahu, manusia tidak punya apa dan tidak mampu membantu. Dan saat-saat sebegitulah baru aku akan sedar diri. Barulah aku akan lebih kerap mengingatiNya dan lebih bergantung harap kepadaNya. Dan ketika itulah aku terfikir untuk mencoretkan semua ini dalam blog. Alang-alang dah lama tak munulis. Mudah-mudahan dengan ini aku akan sentiasa ingat siapa aku.
Aku terfikir, final exam ini merupakan imtihan pertama aku. Walaupun namanya final, tapi ia adalah permulaan buatku. Imtihan kedua bermula sebaik sahaja tamat final exam. Sejauh mana aku bersyukur dengan segala apa bantuan yang telah Tuhan berikan. Sejauh mana aku mengamalkan dan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari. Adakah terhenti sekadar dengan berakhirnya final exam dan lulus ataupun aku pelajarinya supaya aku boleh memandu hidup kearahNya.
Aku merasakan aku seorang yang selalu gagal dalam imtihan kedua. Aku tidak mahu ia berulang begitu. Apabila kesusahan datang barulah aku terhegeh-hegeh mengharap kepadaNya. Bila kesusahan datang barulah aku sedar aku hanya insan yang lemah. Segala yang aku kecapi dalam hidup bukanlah kerana usaha aku semata-mata, akan tetapi kerana Tuhan itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Dia tahu aku tidak mampu diuji dengan kegagalan. Aku tidak suka gagal. Dia tahu aku lemah. Aku mahu berjaya dalam segala apa yang aku lakkukan. Jadi Dia uji aku dengan kejayaan dan kemudahan aku memperoleh segala apa yang aku hajatkan. Apakah aku bersyukur?
Semasa menghadapi final exam inilah, aku terfikir macam-macam. Segala-galanya membuatkan aku menginsafi kelemahan diri. Aku bersyukur dengan ujian ini. Moga-moga aku terus bersyukur dan tidak perlu menunggu untuk diuji baru hendak sedar diri. Kerana aku hambaNya. Maka seharusnyalah aku bertindak sebagai seorang hamba.
Allahumma j'alni minal qolil..
No comments:
Post a Comment