Friday, September 25, 2009

RASA HATI MURABBI

Pesanan buat teman yg bercita-cita besar dan berharap tinggi agar Islam kembali ke tempatnya. Pesanan buat sahabat yg tidak kisah berhujan panas demi matlamat agung. Pesanan buat semua murabbi dan pendidik. Pesanan buat diri ini sendiri.

Adik-adik dan anak buah merupakan amanahmu. anda bertanggungjawab pada segala pencapaian dan perkembangan mereka. Pesanlah pada mereka dgn pesanan yg baik. Bentuklah mereka dgn acuan yg kukuh. Sediakan mereka utk menghadapi masa2 yg sukar.

Kejayaan dan kecemerlangan tidak terletak pada sejauh mana kita melangkah. Tidak pada setinggi mana kita terbang. Tidak pada sedalam mana ilmu kita miliki. Tidak pada seluas mana amal terlaksana. Kejayaan tidak juga diukur dgn gambaran materealistik.

Andai anda sering mengikuti tulisan AbuSaif http://saifulislam.com/ anda pasti tahu kata2 ini, "Erti Hidup Pada Memberi". Saya suka dgn motto ini. Kejayaan kita terletak pada sejauh mana kejayaan kita dapat dikongsikan dgn mereka di sekeliling kita dan memberi impak positif pada adik2, anak2, isteri, ibu bapa, atuk nenek, sahabat handai dan masyarakat.

Jiwa seorang pendidik mahukan anak didiknya berjaya lebih hebat darinya. Memahami Islam lebih baik darinya. Beramal dengan ajaran Islam lebih berganda darinya. Bekerja utk Islam lebih keras berbandingnya. Dan membangunkan Islam bersama2 dengannya.

Itulah jiwa seorang pendidik. Itulah jiwa seorang murabbi. Itulah jiwa pemuda pemudi Islam. Itulah KITA.

Mungkin belum sekarang. Tapi masanya pasti tiba. Setiap dari kita akan menjadi ibu atau bapa, pakcik atau makcik, atuk atau nenek. bila masa itu tiba, sudahkah kita bersedia?

2 comments:

  1. small matter..la syukra alal wajib.
    xya la cerita kat sini..wat segan je..

    ReplyDelete