Thursday, October 8, 2009

LEARNING FROM TODDLERS

CFS IIUM has been on break for two weeks already. But only now i get to write something on this blog. I wanted to write very much but just wasn't given the time. My hands are tied and my soul is bonded to other things. haha. Now, given the chance, I hope this will be beneficial to all readers and myself.

I have been teaching Qiraati at ABIM for almost two weeks during this semester break. And I have discovered and learnt something I consider very valuable. For your information, I am currently teaching first grade kids. Just imagine how tough it is. However, they had also given me this chance to learn. Learn from them.

Apa yg saya maksudkan dgn toddlers bukanlah kanak-kanak yg baru nak belajar berjalan dan perlu ditatih org dewasa. Toddlers yg saya maksudkan di sini adalah rakan-rakan kecil saya yg masih merangkak-rangkak, bertatih belajar membaca Qiraati dan Al--Quran. Apa yg boleh dipelajari dari mereka adalah sikap dan semangat mereka. Sebagaimana bayi yg baru mula belajar nak berjalan, begitulah mereka. Mereka punya ciri-ciri orang yg berjaya.

Mari kita analisa.

Mereka yg saya ajar ini masih di Qiraati 1. Sememangnya mereka masih lagi payah utk menyebut malah mengenal huruf. Dan sememangnya daya sabar yg tinggi diperlukan utk mendidik mereka. Saya kagum dgn ustaz dan ustazah lain yg lama bertahan mengajar Qiraati. Tapi saya lagi kagum dgn teman-teman kecil saya ini.

Apabila disuruh untuk ulang perkataan yg sama berkali-kali mereka tidak pernah merungut. Saya sendiri yg menyuruh untuk ulang perkataan tersebut pun naik muak dgr perkataan yg sama sahaja. Tapi mereka sedikit pun tidak menampakkan di wajah mereka rasa bosan atau tidak puas hati. Mereka teruskan tanpa sebarang rungutan. Mereka gigih. Mereka tabah. Mereka bersungguh-sungguh. Kerna mereka mahu berjaya. Mereka sedar realiti 'bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian'. Mereka faham jalan menuju puncak penuh liku dan cabaran.

Mereka ibarat kanak-kanak yg baru hendak mula berjalan. Ditatih, dipimpin dan diberi galakan. Jatuh bangun kembali. Tidak pernah jemu mencuba malah seronok merasakan peningkatan diri sendiri. Jatuh,jatuh dan jatuh lagi. Luka disana-sini, tapi tidak mengapa. Yg penting terus mencuba sehingga berjaya. Tangis hanya sementara. Mengumpul kekuatan untuk bangun, berjalan dan jatuh kembali. Tidak pernah serik dan berputus asa.

Dibandingkan dengan kita yg sudah dewasa, sifat dan kesungguhan itu semakin lama semakin pudar dari dalam diri kita digantikan dgn rasa ego dan malas. Lebih parah lagi, bongkak dan takbur. Bila kita disuruh mengulung rutin yg membosankan, kita mula melenting dan memberontak. Kerja rumah, tutorial, or call it whatever you want, jarang sekali dipulun habis-habisan. Kita menganggap 'ala kadar' itu sudah cukup. Akhirnya tidaklah berjaya mana..

Orang yg berjaya itu selalunya orang yg bersungguh-sungguh dalam setiap apa g mereka lakukan. Kita sudah memilih utk belajar, maka belajarlah betul-betul. Buatlah cara macam orang yang nak belajar. Bukan dgn lagak orang pandai. Kata-kata Bro Zabidi dari Admission & Records CFS IIUM, 'seorang yg hendak belajar haruslah merendahkan dirinya sedalam-dalam lembah dan bukannya meninggi diri setinggi gunung. Kerana yg dapat menadah air yg byk itu adalah lembah yg dalam dan bukannya gunung yg tidak dapat menakung apa-apa langsung'.

hakikatnya, untuk berjaya dalam segala apa yg kita ceburi, kita harus mempunyai lagak seorang bayi yang baru hendak mula berjalan. Bukannya lagak seorang seorang tua yg sudah mempunyai segalanya dan tidak mampu lagi mengejar yg baru. Tidak lagi mahu mengejar apa2, bahkan melarikan diri, melarikan diri dari ketetapan yg telah ditulis baginya - Mati.

Kita masih lagi di usia muda, masih banyak yg boleh kita teroka dan kuasai. Dengan attitude yg betul, dunia ini boleh menjadi milik kita. Biarkan jasad kita mendewasa, tapi biarkan naluri kita kekal bayi yg suci!

6 comments:

  1. muhasabah baik untuk periksa saya. thnx bro! :)

    ReplyDelete
  2. ya.. it's true..
    tahniah! artikel yg membangun!

    ReplyDelete
  3. hehe~ pengalaman yg lbih kurg
    walaupn sehari je,tp kesabaran tu mmg kne tinggi
    sgt kagum ngan ckgu2 ni

    ReplyDelete
  4. great article..congrates!

    ReplyDelete
  5. bolehlah nta menulis buku,zubair...ade bakat!ur article is very inspiring!

    ReplyDelete
  6. >>abd arRahman
    naufal,ana doakan yg terbaik ntk nta.boleh la nta g UK amek medic.haha.sian nta..tp ok jgk pe..bumi tak menyucikan.tarbiyah ada di mana2.so jgn la rasa tertekan..

    >>anonymous 2
    yg pernah mengajar kat ABIM sehari,anis samihah kn?I've read your blog.ana lg kagum dgn nti.dalam masa xsampai sehari je nti dah boleh wat dorg semua ikut xnak berpisah dgn nti dah.
    ana yg lebih seminggu jaga dorg pun rasa kecewa lg xdapat nk kawal dorg sgt.pape pn,tahniah la..next year luangkan la masa join program alumni.kami perlukan bantuan nti.

    >>anonymous sekalian
    Alhamdulillah.Haza min Fadhli Rabbi.
    lain kali boleh perkenalkan diri n tinggalkan link @ email x?

    ReplyDelete