Going to the barber for a haircut can actually cause you your life! Percaya atau tidak? Kenapa tidak. Anda mungkin hanya akan merasainya andai anda sendiri pergi ke kedai gunting rambut dan melalui sendiri pengalaman itu. Apabila gunting itu berbunyi-bunyi di telinga dan razor blade berlari berhampiran urat leher anda, anda akan tahu maksud saya.
Tetapi bila anda duduk di kerusi itu dan menadah kepala kepada si penggunting rambut, anda tenang menghadapi setiap saat. Sedangkan dia adalah orang yang berbahaya yg tidak anda kenali. Namun anda rela mengamanahkan nyawa anda dengan sepenuh kepercayaan kepadanya semata-mata kerana mahukan rupa dan gaya yg baru.
Itulah dia KEPERCAYAAN..
Bagaimana pula dalam kes ini, sanggupkah anda untuk mengamanahkan nyawa anda kepada sahabat baik anda andai sesuatu menimpa? Payah sekali bukan? Percayakah anda kepada sahabat-sahabat anda? Sulit sekali. Sedangkan seorang yg tidak dikenali bermain senjata guntingnya di leher boleh pula anda percaya. Kenapa tidak sahabat-sahabat anda?
mana lebih anda percayakan? SAHABAT atau TUKANG GUNTING?
No comments:
Post a Comment