Friday, March 26, 2010

"M" IS FOR MARCH & MOURNE

Pameran "Seni" Hina Islam di Sepanyol
Picture: credits to Berita Harian Online


Saya pulang dari solat jumaat dengan perasaan hiba dan sedih. Ya, March merupakan bulan yg cukup menyedihkan. Khatib melaksanakan tugasnya dengan baik untuk menyampaikan mesej beliau, dan sangat menjiwa kata-katanya. Hampir sahaja dia mengalirkan air mata ketika berkhutbah. Suaranya sangat sayu. Memanggil semua umat Islam untuk kembali merenung betapa kita sebenarnya dalam penindasan. Bukan sahaja oleh musuh, malahan kaki sendiri cuba memijak kepala.

Mari selusuri satu persatu peristiwa March 2010.

1. Kartun Hina Nabi --> Sinar Harian
Berulang sekali lagi. Kali ini bukan Denmark, tetapi di Sweden pula. 3 buah akhbar harian Sweden dilaporkan menyiarkan gambar kartun Nabi Muhammad SAW yang agak serupa pernah diterbitkan oleh akhbar2 Denmark beberapa tahun dulu. Masih lagi ketika di bulan kelahiran Nabi Muhammad tercinta. Apa perasaan kita? Apa tindakan kita? Boikot produk Sweden?

2. Baitulmaqdis, Palestine --> palestinkini.info
Tanah suci kita sekali lagi dicemari kaki kotor zionis laknatullahi alaihim. Kawasan timur Baitulmaqdis diceroboh untuk membina penempatan baru yahudi. Mereka bukan tidak tahu seluruh dunia Islam akan mengancam mereka. Tapi apa mereka peduli. Mereka tidak pernah gentar orang Islam di luar Palestine. Kenapa? Intifadhah ke3 bakal meletus. Kita di mana?

3. 12 Mac --> Berita Harian
Mahkamah Ipoh memberikan hak penjagaan anak seorang muallaf Ridhuan Abdullah kepada isterinya yang masih belum Islam. Doakan moga dia pula diberi hidayah. 2 anak Ridhuan diserahkan kepada ibu mereka. Hanya seorang yang tinggal bersama Ridhuan. Kes sebegini sepatutnya dihakimi di Mahkamah Syariah kerana membabitkan agama Islam. Apakan nasib. Kita mempunyai sistem kehakiman yang bersifat dualiti. Kisah Natrah bakal berulang. Kita tidak mengambil tahu kerana dia seorang muallaf. Betul kan?

4. 17303 --> Berita Harian
Jabatan Pendaftaran Negara dedahkan statistik kelahiran anak luar nikah daripada ibu Melayu (mengikut perlembagaan, Melayu=Muslim) adalah sebanyak yang di atas pada tahun 2009 sahaja. Bermakna purata kasar 47 kelahiran luar nikah dalam sehari. Itu yang didaftarkan sahaja. Yang tak didaftarkan - yang dibuang, digugurkan dan dibunuh belum dikira lagi. Apa nak jadi dengan Melayu?

5. Chupp!! Coca-Cola --> lambaian-islah.blogspot
Seperti sedia maklum, Coca-cola akan melaburkan RM1billion di Nilai bagi membina kilang pembotolan di atas tanah yang dibeli daripada Tabung Haji dan majlis pecahtanah yang disempurnakan oleh Doto' Seri Najib. Najib seterusnya mendapat pujian daripada bekas PM Britain atas kebijaksanaan beliau mengemudi ekonomi negara. Sedangkan Coca-cola merupakan syarikat yang kuat menyokong zionis dan penubuhan negara haram Israel. Peluang kerjaya untuk rakyat Malaysia, bergaji darah dan nyawa saudara di Palestin?

6. Legalizing Sports Betting --> Yahoo!News Bernama
Ape cerita??? Dengan pelbagai alasan, anda cuba untuk menghalalkan yang haram? Bayar gaji pekerja sektor awam dengan wang kotor? Tidak cukup lagikah dengan cukai arak dan judi yang sedia ada? Yang sedihnya, ahli parlimen bukan Islam yang menunjukkan kejuaraan menghalang dan membantah pertaruhan dalam sukan daripada dibenarkan. Tahniah kepada Pak Lah yang pernah menolak proposal yang sama semasa pemerintahannya.

Ada lagi tak? kalau ada, menangis dulu, pastu baru bagitahu saya supaya saya pun boleh nangis sama2. Tak cukup menyayat hati lagi pada anda?

1 comment:

  1. salaaam, bagus ah, ini menunjukkan bahawasanya, orang2 islam, amat sangat penyabar orang2 nya.
    jangan kita lupa, bukan YAHUDI, kerana yahudi kristian SENDIRI pun kena kecam, sepertimana orang2 islam. PENJAHAT SEBENAR adalah ZIONIST, FREEMANSONS, MASONICS.

    Free Our Minds! http://freeourmind-blog.blogspot.com/

    ReplyDelete