Monday, March 30, 2009

ANDA MAHU PELAJARI SESUATU?

Hidup sememangnya satu proses tarbiyah dan pendidikan. Sepanjang menelusuri hidup ini melewati usia 18, saya pelajari banyak perkara yang sangat-sangat berguna. Suka untuk saya kongsikannya. Experience is the best sifu!

Andai anda mahu diri anda dihargai, maka mulalah menghargai orang-orang di sekeliling anda.

Sebanyak mana anda mahu diri anda dihargai, sebanyak itulah anda kena menghargai.
Sebanyak mana anda mahu diri dihormati, sebanyak itulah anda kena menghormati.
Sebanyak mana anda mahu diri disayangi, sebanyak itulah anda perlu menyangi.
Sebanyak mana anda mahu dikasihi, sebanyak itulah perlu anda mengasihi.

Andai anda mahu hasil kerja anda dihargai, maka hargailah usaha & titik peluh orang lain, mereka juga berusaha.
Andai anda mahu diri anda dihormati selaku ketua, maka belajarlah menghormati orang lain yang menjadi ketua anda, walau siapa pun dia.
Andai anda mahu pendapat anda dihargai, maka cubalah untuk menghargai pendapat orang lain, kerana dia juga punya hak.
Andai anda mahu orang merasakan kehadiran anda, maka ingatlah untuk tidak mengabaikan sahabat di sekeliling, jaga hati mereka.
Andai anda mahu kata-kata dan ucapan anda didengari, maka paksalah diri untuk menghormati dan mendengar orang yang sedang berucap di hadapan, mereka turut mahu didengari.
[Bayangkan perasaan anda ketika sedang berkata-kata dihadapan, orang lain pula berborak dan bergelak tawa di belakang. Malah bertepuk tangan seakan-akan perli supaya anda cepat-cepat menyudahkan bicara]
Andai anda mahu orang membantu anda di waktu payah, maka belajarlah untuk menghulurkan bantuan pada tika mereka memerlukan, di waktu lapang mahupun sempit.
Andai anda mahukan lebih banyak lagi, maka korbankanlah lebih banyak lagi, kerana kejayaan hanya buat mereka yang berusaha.
Andai anda mahukan hak anda dipenuhi, maka janganlah lupa untuk memenuhi hak orang lain juga, kerana hak itu sesuatu yang wajib dipenuhi.

Semuanya anda boleh fikirkan sendiri.

Sesiapa yang berbuat baik, dia akan mendapat balasan baik.
Sesiapa yang berbuat jahat, nescaya perbuatan jahat akan menimpanya kembali.
Sesiapa yang melakukan sesuatu untuk mendapat pengiktirafan manusia, maka dia tidak akan dapat lebih dari itu.
Sesiapa pula yang hanya mencari redha tuhannya, maka pastinya tuhan dan juga manusia redha kepadanya.
Barangsiapa yang hidupnya untuk mengejar akhirat, nescaya dunia akan datang bergolek kepadanya.

Apa yang anda berikan kepada orang lain, itulah apa yang anda akan terima kembali daripada mereka. Peringatan ini khusus buat diri saya sendiri.

Andai anda mahu tulisan anda dibaca orang lain, maka bacalah tulisan orang lain juga. hehe. abaikan saja.

NIKMATNYA MAKAN!

Tengah hari ini sememangnya panas. Aku sedang berjalan di bawah naungan sinaran sang mentari yang terik. Sememangnya hari-hari yang dilalui di sini berkeadaan sedemikian memandangkan kawasannya yang lapang dan terbuka. Hanya sepohon dua sahaja pokok yang boleh dilihat.

Aku sedang berjalan keseorangan pulang dari library, keletihan diserang kepanasan, peluh
berguguran dari wajah, badan terasa lemas dalam kelembapan baju, tekak kekeringan, batin
meronta meminta fitrah dipenuhi. Namun apakan daya, aku berpuasa pada hari ini dan aku
bulatkan tekad untuk terus berpuasa sehingga terbenamnya sang mentari.

Aku terus sahaja berjalan sehingga ke perkarangan hostel. Sampai sahaja di tangga, aku
terserempak dengan seorang senior. Dia sedang berjalan, pulang dari bilik rakan barangkali.

Aku sedar sesuatu, mulutnya sedang mengunah-ngunyah sambil berjalan. Terus sahaja aku beri salam terlebih dahulu sebagai menghormati title 'senior'nya. Aku dibalas dengan ala kadar sahaja. Tiba-tiba satu fikiran merasuk aku. Aku mula membayangkan apakah yang sedang dimakan oleh beliau. Aku terliur. Batin semakin memberontak. Apakah kepingan wafer yang disaluti coklat yang lazat dan ditabur dengan kacang yang rangup?? Apakah kek pisang yang fresh dari oven?? Apakah kepingan coklat susu yang rasanya mengkhayalkan?? Aku tidak boleh berhenti dari memikirkannya.

Alangkah bahagianya di saat ini juga aku dapat menjamu seleraku, perutku yang kosong
merintih, tubuh lesu dan kekringan. Nikmatnya dapat makan..

Sebentar, aku terfikir sesuatu. Ya Allah, kenapalah selama ini aku tidak pernah sedar betapa
nikmatnya kurnia dan rezeki yang Allah berikan kepadaku. Sehari-harian aku dapat menikmati
makanan yang pelbagai jenis, rupa dan rasa. Tidak terkira nikmatnya. Tetapi sedikitnya aku
bersyukur!

Baca doa sebelum dan selepas makan pun kadang-kadang sahaja! Sememangnya puasa ini
menyedarkan aku. Kalaulah aku tidak berpuasa hari ini, nescaya aku tidak akan sedar betapa
besarnya nikmat yang Allah telah berikan kepada aku.

Betapa pemurahnya Dia. Sedangkan aku terus dan terus melupakanNya. Aku harus sempurnakan puasa ini sebagai tanda syukurku kepadaNya!

Friday, March 27, 2009

PEMILIHAN UMNO 2009


Menang dan kalah adat permainan. Masalahnya, siapa yang menang? Apakah pilihanraya parti satu permainan? Anda tentukan sendiri. Bagi saya senarai pemenang sudah dapat dijangka dari mula lagi. Dan hasilnya sememangnya seperti yang dijangkakan. Berikut merupakan senarai pendek perwakilan UMNO sesi baru.

Presiden
Datuk Seri Najib Razak
Timbalan Presiden
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Naib Presiden
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Ketua Wanita
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Ketua Pemuda
Khairy Jamaluddin
Ketua Puteri
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Ada yang gembira, bakal mengadakan majlis kesyukuran, ada yang berdukacita, makan hati dengan keputusan pemilihan, namun masing-masing menyatakan redha dan akur dengan keputusan. Apa yang tersirat di hati, hanya Tuhan yang tahu.

Apa signifikannya saya menulis berkenaan isu ini? Sememangnya kerana ianya isu yang hangat! Dan seharusnya menjadi satu isu yang setiap daripada rakyat Malaysia perlu ketahui. Kerana apa? Kerana anda seharusnya sudah dapat membayangkan siapakah yang bakal mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri yang bakal dikosongkan tidak lama lagi.

Saya ingin tanya. Anda sokong siapa? Anda tanya saya? Saya tidak sokong siapa-siapa. Tetapi ada saya diingatkan, bukan oleh orang lain, tapi Abah saya:
"Antara hak pemimpin adalah kita doakan untuk dia mendapat hidayah inayah taufiq. Doakan supaya yang menyayangi ISLAM atau yang less evil diberi kemenangan"
Anda fikirkanlah.

Sunday, March 15, 2009

NON-MUSLIMS MORE ISLAMIC THAN MUSLIMS

What do you think? Freaky huh? That is what I think. There are just too many proofs supporting my statement above. Maybe it is a bit sensitive and "[What's the word?? I can't recall!!]".[Found it already-Offensive]. But it is the truth. Why is this happening? Whose fault is it? Is it their fault to practise a more Islamic way of life or is it our fault to not practising an Islamic life? Afraid of the answer? huh? Yes! IT IS OUR FAULT!

The fact that we have to realise is that the reason of why they are practising a more Islamic way of life[certainly, I do not mean they practise it completely. their Islamic life is just a little part of their life. still, they are better than us MUSLIMS!] is not because of their knowledge and researches on Islamic teachings. But it is simply because the Islamic teachings itself is something that is very compatible to human life and is revealed according to humans' nature[fitrah]. And it may also be that they practise it without knowing that it is what Islam tells and urges us to do.

1.Do you know the top three rankings of 'the dirtiest country in the world'?
1. India
2. [I can't remember]
3. Egypt
I'm pretty sure the second one is either a muslim country or a country with a large population of muslims. While the other two are the country with big numbers of muslim people and a muslim country itself. Now, what are the top cleanest countries? The Great Britain? Germany? France? USA[certainly not]? Singapore? Any muslim countries? I don't think so. I can't even think of one. So how is it now? Are we muslims or are they muslims?

I've once lived in England-in Sheffield. I can tell there's a huge difference in attitude between the citizens there and in Malaysia. There, they rather keep their food wrappers in their pockets than throwing it out on the streets[you can see it alot here]. And they do have many bins along their sidewalks and pavements which can hardly be seen in Malaysia. But what really makes the difference is that of their attitude that seems to be hard for us[muslims] to follow. I've heard much disgusting stories of what people in some muslim countries do[I wish not to write it down here].

Itu baru dari sudut kebersihan. Belum lagi saya ceritakan dari sudut lain lagi. Sebelum saya teruskan dengan menulis hasil pemikiran saya yang tidak seberapa berbanding anda semua, saya ingin selitkan sebuah kisah sebagai selingan. Ini cerita yang saya dengar dalam khutbah di tempat saya. Masa khutbah jangan tidur! Fokus!

This is a story of a German muslim. He is a profesor. He came across, learned and embraced Islam from his own reseach on finding the truth. After a few years of his new life as a muslim, he decided to go for pilgrimage[Hajj]. Upon reaching Egypt, this is what he said 'Subhanallah. Praise be to Allah for introducing me to Islam before I was intoduced to the muslims'. That means, he would have not embraced Islam if he knew what muslims are like before he had done his own research on Islam[the deen itself]. Are we not ashamed?

2.I often see too that a couple[husband & wife] is not afraid nor ever ashamed to express their love in front of their kids. You can see this part in movies. I don't see this as a retorical agenda nor hypocryte. I don't think a kiss is something offensive for kids. They sure can understand it as a symbol of expressing love between their parents. But I dont know if the muslim scholars have different views on this one. Inform me of it if you know anything.

On the steets you could see them[the couples] walking holding hands,hands in hands evenafter their retirement age[old ages]. Why cannot we see this happening in Malaysia? It is all because of traditions and perceptions. It is being put in your head to see it as something akward and disgusting. Right? Let say, there happen to be in the streets an old couple walking holdings each others' hand. What would you say? "eww.disgusting.dah tua-tua pun nak menggatal jugak.sedar la sikit diri tu dah tua." Frankly, it happen to be the opposite in the UKs. It just seems so normal. Is not our religion teaches us to love each other to our death?

Atau kasih sayang itu hanya ketika muda dan berubah hanya menjadi tanggungjawab tika sudah tua? Mengapa tidak kita seperti mereka? Siapa yang betul sebenarnya? Mungkin juga ini kesan daripada kahwin paksa yang diaturkan oleh ibu bapa atau pihak-pihak tertentu tanpa persetujuan si anak? Itu pandangan peribadi saya sahaja. mungkin banyak lagi faktor lain
I think that's it for now. I would like to write longer but I don't have much time. Maybe I'll continue later. I would like to write more on the way they spend their time with their kids, recreation centres, education and neighborhood.

This is just based on my thoughts. Human's thoughts could be correct or wrong. Mine also could be right and might also be wrong. Therfore I would really appreciate your comments. =)

Friday, March 13, 2009

GIVE LESS & EXPECT MORE!

Oops. That's not what I really meant. What I mean is the opposite of it. But the reality of our people is the kind of what is stated above. Yes. Giving the least but expecting the best outcome from the little effort. Actually I would like to write on the 'Boycott israel Campaign'. This is actually the time for us to implement the real GIVE MORE & EXPECT LESS!

Terlalu ramai yang mempersoalkan tindakan boikot disebalik fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Malah mendakwa kita hanya mencacatkan pembangunan ekonomi sendiri dengan memboikot barangan-barangan zionis. Akan tetapi tidak pula pernah mahu berusaha melakukan sesuatu dan menunjukkan tindakan yang lebih baik & praktikal dalam menzahirkan kebersamaan kita dengan penduduk-penduduk negeri Palestin yang dijajah. Sebenarnya boikotlah usaha yang paling kecil kita boleh lakukan disamping doa-doa kita untuk mereka yang ditindas di sana.

Mari saya tunjukkan kepada anda bukti-bukti kejayaan kempen boikot yang dijalankan di dalam negara kita sendiri-Malaysia tercinta.

Syarikat yang memegang saham dan pengurusan KFC Holdings(Malaysia) iaitu JohorCorp mengalami penurunan sebanyak 10% dalam sembelihan ayam mereka sejak bermulanya boikot keatas KFC. 10% mungkin kelihatan sedikit dalam pandangan kasar. Tetapi andaikata keuntungan harian KFC adalah RM1juta, maka kita telah berjaya 'merampas' RM100 000 daripada zionis! Ini juga bermakna kita telah menghalang pemerolehan mereka sebanyak Rm3juta sebulan! Bagaimana pula dengan setahun? 10 tahun?

Ah! Biarkan sajalah pekerja-pekerja KFC itu. Bukannya mereka tidak boleh mencari pekerjaan lain. Itu semua hanya alasan mereka untuk menjustifikasi tindakan mereka. Apa bezanya bekerja di restoran KFC dengan bekerja di restoran-restoran tempatan yang lain? Bukankah kerjanya serupa sahaja. Anda di KFC mengambil order, melayan pelanggan, menghidang pelanggan, menyediakan makanan dan mengelap meja. Apa hebatnya berbanding pekerja restoran yang biasa? Populariti? Baca kenyataan Setiausaha Agung PPIM Dato' Dr Ma'mor Osman dalam Majalah I keluaran Mac 2009 mengenai isu ini.

Restoran tempatan kita sebenarnya menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan. Akan tetapi oleh kerana rakyat tempatan kita kurang berminat, maka mereka terpaksa mengambil pekerja-pekerja asing dari Indonesia dan Bangladesh(saya bukan bersifat perkauman, tetapi sekadar ingin menceritakan keadaan sebenar). Itulah realiti. Sebenarnya kita mampu untuk membantu negara kita dalam menghadapi kegawatan ekonomi negara kita dalam mengurangkan bilangan pekerja asing di negara ini. Kita yang tidak mahu! Bahkan kita sudah ada seorang rakyat Bumiputera yang memulakan francais makanan segera yang bernama RADIX Fried Chicken(RFC) di bahagian utara dan bakal berkembang ke seluruh negara InsyaAllah.

Baru-baru ini juga ada dilaporkan bahawa semenjak bermulanya kempen boikot sehinggalah sekarang, perusahaan-perusahaan Bumiputera dan rakyat tempatan mengalami peningkatan dalam perniagaan sebanyak 30%. Siapa kata kempen boikot meruntuhkan ekonomi kita? Nah! Inilah bukti yang menunjukkan keadaan yang sebaliknya berlaku. Apabila kita memboikot barangan yahudi, sudah semestinya kita akan mencari alternatif lain sebagai ganti. Dan ketika itulah kita akan muala menoleh kepada produk-produk buatan tempatan. Right?

JohorCorp adalah antara yang menentang kempen boikot kita. Alasan mereka, mereka membekalkan pekerjaan kepada sebilangan besar rakyat tempatan yang berpendapatan rendah. Memanglah mereka akan berkata begitu untuk memainkan kembali perasaan kita dengan sentimen-sentimen sensitif dan kerana mereka merupakan sekutu kuat zionis(secara tidak langsung)! Mengapa saya katakan begitu? Menurut satu kajian, antara syarikat-syarikat yang menyumbangkan kekayaan mereka kepada regime zionis, KFC merupakan syarikat yang menyumbangkan wang yang paling banyak kepada negara haram israel-jauh mengatasi syarikat-syarikat lain! Masihkah kita mahu terus membantu mereka?

Sebenarnya banyak lagi bukti kejayaan kempen boikot yang berlangsung di seluruh dunia. Hanya kita yang tidak membuka mata kita untuk melihat dan mentafsir. Rujuk kepada post saya yang dahulu (BOYCOT??). Kita harus berhenti mempersoalkan relevan atau tidak tindakan boikot dan mula bekerja untuk kempen ini kerana ianya sudah terbukti berkesan dan relevan. Cuma terpulang pada diri kita untuk memilih haluan yang mana.

Inilah masanyaGIVE MORE & EXPECT LESS
untuk senarai boikot rujuk http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html

Wednesday, March 11, 2009

BOLASEPAK YANG DIGEMARI

Baca dahulu sampai habis baru komen ya!



ARSENAL & ARSENE WENGER.Kedua-dua nama diatas seakan-akan sinonim dan tidak dapat dipisahkan. Yup. Itulah pasukan bola sepak dan pengurus yang paling saya kagumi. Seandainya kita saksikan rentak permainan Arsenal, pastinya masing2 merasakan kagum dan enjoy menonton perlawanan bolasepak.

Analisis peribadi saya:

ARSENAL


1.Teamwork
Tak perlu saya ulas lagi. Semua pun sudah tahu corak permainan berpasukan yang mereka pamerkan. Seolah-olah mereka mempunyai keakraban dan persefahaman yang sangat hebat. Semuanya jelas dipamerkan dengan superioroty & supremecy di atas padang bola sepak.

2.Creativity
Anda boleh saksikan sendiri betapa kreatifnya cara permainan mereka. Bola dimainkan di seluruh kawasan padang dimana sahaja ada ruang kosong. Gelecek, gelecek dan gelecek dan GOL!! Passing mereka juga cukup mengkagumkan.

3.Vision
Seandainya wawasan menjadi ukuran, pasti mereka tidak kalah kepada sesiapa. Anda pasti kaget melihat bagaimana mereka boleh menghantar bola dengan baik dalam keadaan yang sempit dan melakukannya seakan-akan ia sangat mudah. Sungguh dicemburui.

ARSENE WENGER

1.Taktikal

Beliau inilah orangnya yang menerap segala macam kualiti kepada pasukan dan pemain-pemain Arsenal. Orangnya sangat bijak dalam memilih pemain yang sesuai -sesuai dengan keadaan dan posisi. Bijak memainkan taktik yang sesuai -sesuai dengan pihak lawan yang dihadapi. Hasilnya -keputusan yang memuaskan dan diinginkan(tidaklah sentiasa dan selamanya).

2.Belian Berbaloi
Siapa sahaja yang ditandantangani oleh Arsenal yang tidak berbaloi? Malah beliau bijak memilih pemain yang diingininya. Tidak semestinya pemain yang mahal dan dikenali. Tetapi yang menjadi ukuran adalah kualiti yang sebenar. Siapa yang mengenali CescFabregas, Van Persie, Eduardo, Theo Walcott dan Emmanuel Adebayor sebelum mereka ke Arsenal. Dan siapa pula yang mahukan mereka pada waktu itu? Fabregas dan Walcott hanya merupakan pemain di bahagian simpanan sahaja di pasukan lama mereka. Akan tetapi, tidak lama selepas bersama dengan Arsenal, mereka sudah diberikan tempat dalam kesebelasan utama.

3.Pembangunan Pemain Muda

Pemain pelapis di Arsenal sentiasa dibentuk dan mereka tidak pernah kekeringan pemain-pemain muda yang berbakat dan boleh diserapkan ke kesebelasan utam bila2 masa sahaja. Persoalannya apakah kaedah pembinaan dan pengembangan bakat yang dilaksanakan oleh beliau? Jika kita perasan, beliau dan juga Alex Ferguson akan banyak menurunkan pemain-pemain muda pelapis di dalam pertandingan piala liga. Sememangnya mereka diberikan peluang untuk menimba pengalaman dalam erti kata yang sebenar.Segala-galanya tentang Arsenal dan Arsene Wenger memang menarik. Mungkin tidak pada orang lain, tapi cukuplah pada saya. Masih banyah lagi yang boleh dikatakan tentang mereka ini. Tapi cukuplah sekadar di atas sana sahaja untuk menggambarkan kehebatan pakatan kedua-dua itu. Saya memang penyokong setia Arsenal dari dulu lagi. Malangnya, segala-galanya tentang Arsenal adalah perlu untuk kita boikot. Lihat sahaja pada tajaan pakaian dan stadium mereka. Malah mereka juga mempromosikan pelancongan ke negara haram israel.

Akan tetapi...

Mengapa pula saya menulis berkenaan pasukan kegemaran saya secara tiba2? Kerana...

Suatu hari saya sedang memikirkan tentang pasukan saya ini. Tiba-tiba fikiran saya didatangi oleh satu fikiran asing. Kemudian saya banding-bandingkan. Apakah ia? Saya tefikirkan tentang organisasi-organisasi Islam, pembentukan individu-individu muslim dan pembinaan kader-kader dakwah. Segala usaha masih belum berjaya membuahkan hasil-hasil yang diingini. Mengapa? Adakah kerana caranya salah?

Saya cuma terfikir, alangkah baiknya andaikata semua organisasi Islam itu sebuah Arsenal dan semua daie itu seorang Arsene Wenger. Kualiti-kualiti pada mereka inilah yang diperlukan oleh semua yang bekerja untuk Islam.

Organisasi yang mempunyai kerjasama yang baik dalam kalangan anggotanya, kreatif dalam tindakan dan wawasan yang jelas dan jauhlah yang dapat mengharungi segala tribulasi yang mendatang. Kerjasama yang baik pasti membolehkan segala yang berat itu menjadi ringan. Kreativiti membolehkan kita memanfaatkan segala peluang yang ada and allows us to create something from nothing. Wawasan pula akan mengekalkan kita di atas jalan yang kita pilih semenjak dari mula sehinggalah akhirnya matlamat tercapai.

Individu-individu seperti Arsene Wenger bijak menganalisis keadaan. Begitulah sepatutnya seorang daie bertindak-sesuai dengan keadaan dan tidak terburu-buru. seorang daie juga mestilah meletakkan taget yang tepat. Bukannya bekerja dengan sewenang-wenangnya kerana ia kelak akan memberikan kesan negatif kepada dakwah yang dijunjung. Malah, suatu perkara yang sangat-sangat perlu diberikan perhatian adalah pembinaan kader-kader dakwah sebagai pelapis usaha kita agar ia tidak akan sampai ke titik noktah dalam keadaan yang tidak kita ingini.

Ambil masa untuk fikir-fikirkan. Anda mungkin dapat memikirkan sesuatu yang jauh lebih hebat daripada ini. Cuma luangkan sedikit masa untuk berfikir. Ingatlah, seorang hamba yang berfikir sesaat itu lebih baik daripada seorang 'abid yang beribadah seeribu tahun.

Saya menghadapi sedikit masalah dengan format entri ini.saya pun tidak pasti mengapa.maafkan saya andai anda yang membaca merasakan entri ini nampak tidak tersusun dan bersepah.