Monday, March 30, 2009

ANDA MAHU PELAJARI SESUATU?

Hidup sememangnya satu proses tarbiyah dan pendidikan. Sepanjang menelusuri hidup ini melewati usia 18, saya pelajari banyak perkara yang sangat-sangat berguna. Suka untuk saya kongsikannya. Experience is the best sifu!

Andai anda mahu diri anda dihargai, maka mulalah menghargai orang-orang di sekeliling anda.

Sebanyak mana anda mahu diri anda dihargai, sebanyak itulah anda kena menghargai.
Sebanyak mana anda mahu diri dihormati, sebanyak itulah anda kena menghormati.
Sebanyak mana anda mahu diri disayangi, sebanyak itulah anda perlu menyangi.
Sebanyak mana anda mahu dikasihi, sebanyak itulah perlu anda mengasihi.

Andai anda mahu hasil kerja anda dihargai, maka hargailah usaha & titik peluh orang lain, mereka juga berusaha.
Andai anda mahu diri anda dihormati selaku ketua, maka belajarlah menghormati orang lain yang menjadi ketua anda, walau siapa pun dia.
Andai anda mahu pendapat anda dihargai, maka cubalah untuk menghargai pendapat orang lain, kerana dia juga punya hak.
Andai anda mahu orang merasakan kehadiran anda, maka ingatlah untuk tidak mengabaikan sahabat di sekeliling, jaga hati mereka.
Andai anda mahu kata-kata dan ucapan anda didengari, maka paksalah diri untuk menghormati dan mendengar orang yang sedang berucap di hadapan, mereka turut mahu didengari.
[Bayangkan perasaan anda ketika sedang berkata-kata dihadapan, orang lain pula berborak dan bergelak tawa di belakang. Malah bertepuk tangan seakan-akan perli supaya anda cepat-cepat menyudahkan bicara]
Andai anda mahu orang membantu anda di waktu payah, maka belajarlah untuk menghulurkan bantuan pada tika mereka memerlukan, di waktu lapang mahupun sempit.
Andai anda mahukan lebih banyak lagi, maka korbankanlah lebih banyak lagi, kerana kejayaan hanya buat mereka yang berusaha.
Andai anda mahukan hak anda dipenuhi, maka janganlah lupa untuk memenuhi hak orang lain juga, kerana hak itu sesuatu yang wajib dipenuhi.

Semuanya anda boleh fikirkan sendiri.

Sesiapa yang berbuat baik, dia akan mendapat balasan baik.
Sesiapa yang berbuat jahat, nescaya perbuatan jahat akan menimpanya kembali.
Sesiapa yang melakukan sesuatu untuk mendapat pengiktirafan manusia, maka dia tidak akan dapat lebih dari itu.
Sesiapa pula yang hanya mencari redha tuhannya, maka pastinya tuhan dan juga manusia redha kepadanya.
Barangsiapa yang hidupnya untuk mengejar akhirat, nescaya dunia akan datang bergolek kepadanya.

Apa yang anda berikan kepada orang lain, itulah apa yang anda akan terima kembali daripada mereka. Peringatan ini khusus buat diri saya sendiri.

Andai anda mahu tulisan anda dibaca orang lain, maka bacalah tulisan orang lain juga. hehe. abaikan saja.

No comments:

Post a Comment