Analisis peribadi saya:
ARSENAL
1.Teamwork
Tak perlu saya ulas lagi. Semua pun sudah tahu corak permainan berpasukan yang mereka pamerkan. Seolah-olah mereka mempunyai keakraban dan persefahaman yang sangat hebat. Semuanya jelas dipamerkan dengan superioroty & supremecy di atas padang bola sepak.
2.Creativity
Anda boleh saksikan sendiri betapa kreatifnya cara permainan mereka. Bola dimainkan di seluruh kawasan padang dimana sahaja ada ruang kosong. Gelecek, gelecek dan gelecek dan GOL!! Passing mereka juga cukup mengkagumkan.
3.Vision
Seandainya wawasan menjadi ukuran, pasti mereka tidak kalah kepada sesiapa. Anda pasti kaget melihat bagaimana mereka boleh menghantar bola dengan baik dalam keadaan yang sempit dan melakukannya seakan-akan ia sangat mudah. Sungguh dicemburui.
ARSENE WENGER
1.Taktikal
Beliau inilah orangnya yang menerap segala macam kualiti kepada pasukan dan pemain-pemain Arsenal. Orangnya sangat bijak dalam memilih pemain yang sesuai -sesuai dengan keadaan dan posisi. Bijak memainkan taktik yang sesuai -sesuai dengan pihak lawan yang dihadapi. Hasilnya -keputusan yang memuaskan dan diinginkan(tidaklah sentiasa dan selamanya).
2.Belian Berbaloi
Siapa sahaja yang ditandantangani oleh Arsenal yang tidak berbaloi? Malah beliau bijak memilih pemain yang diingininya. Tidak semestinya pemain yang mahal dan dikenali. Tetapi yang menjadi ukuran adalah kualiti yang sebenar. Siapa yang mengenali CescFabregas, Van Persie, Eduardo, Theo Walcott dan Emmanuel Adebayor sebelum mereka ke Arsenal. Dan siapa pula yang mahukan mereka pada waktu itu? Fabregas dan Walcott hanya merupakan pemain di bahagian simpanan sahaja di pasukan lama mereka. Akan tetapi, tidak lama selepas bersama dengan Arsenal, mereka sudah diberikan tempat dalam kesebelasan utama.
3.Pembangunan Pemain Muda
Pemain pelapis di Arsenal sentiasa dibentuk dan mereka tidak pernah kekeringan pemain-pemain muda yang berbakat dan boleh diserapkan ke kesebelasan utam bila2 masa sahaja. Persoalannya apakah kaedah pembinaan dan pengembangan bakat yang dilaksanakan oleh beliau? Jika kita perasan, beliau dan juga Alex Ferguson akan banyak menurunkan pemain-pemain muda pelapis di dalam pertandingan piala liga. Sememangnya mereka diberikan peluang untuk menimba pengalaman dalam erti kata yang sebenar.Segala-galanya tentang Arsenal dan Arsene Wenger memang menarik. Mungkin tidak pada orang lain, tapi cukuplah pada saya. Masih banyah lagi yang boleh dikatakan tentang mereka ini. Tapi cukuplah sekadar di atas sana sahaja untuk menggambarkan kehebatan pakatan kedua-dua itu. Saya memang penyokong setia Arsenal dari dulu lagi. Malangnya, segala-galanya tentang Arsenal adalah perlu untuk kita boikot. Lihat sahaja pada tajaan pakaian dan stadium mereka. Malah mereka juga mempromosikan pelancongan ke negara haram israel.
Akan tetapi...
Mengapa pula saya menulis berkenaan pasukan kegemaran saya secara tiba2? Kerana...
Suatu hari saya sedang memikirkan tentang pasukan saya ini. Tiba-tiba fikiran saya didatangi oleh satu fikiran asing. Kemudian saya banding-bandingkan. Apakah ia? Saya tefikirkan tentang organisasi-organisasi Islam, pembentukan individu-individu muslim dan pembinaan kader-kader dakwah. Segala usaha masih belum berjaya membuahkan hasil-hasil yang diingini. Mengapa? Adakah kerana caranya salah?
Saya cuma terfikir, alangkah baiknya andaikata semua organisasi Islam itu sebuah Arsenal dan semua daie itu seorang Arsene Wenger. Kualiti-kualiti pada mereka inilah yang diperlukan oleh semua yang bekerja untuk Islam.
Organisasi yang mempunyai kerjasama yang baik dalam kalangan anggotanya, kreatif dalam tindakan dan wawasan yang jelas dan jauhlah yang dapat mengharungi segala tribulasi yang mendatang. Kerjasama yang baik pasti membolehkan segala yang berat itu menjadi ringan. Kreativiti membolehkan kita memanfaatkan segala peluang yang ada and allows us to create something from nothing. Wawasan pula akan mengekalkan kita di atas jalan yang kita pilih semenjak dari mula sehinggalah akhirnya matlamat tercapai.
Individu-individu seperti Arsene Wenger bijak menganalisis keadaan. Begitulah sepatutnya seorang daie bertindak-sesuai dengan keadaan dan tidak terburu-buru. seorang daie juga mestilah meletakkan taget yang tepat. Bukannya bekerja dengan sewenang-wenangnya kerana ia kelak akan memberikan kesan negatif kepada dakwah yang dijunjung. Malah, suatu perkara yang sangat-sangat perlu diberikan perhatian adalah pembinaan kader-kader dakwah sebagai pelapis usaha kita agar ia tidak akan sampai ke titik noktah dalam keadaan yang tidak kita ingini.
Ambil masa untuk fikir-fikirkan. Anda mungkin dapat memikirkan sesuatu yang jauh lebih hebat daripada ini. Cuma luangkan sedikit masa untuk berfikir. Ingatlah, seorang hamba yang berfikir sesaat itu lebih baik daripada seorang 'abid yang beribadah seeribu tahun.
Saya menghadapi sedikit masalah dengan format entri ini.saya pun tidak pasti mengapa.maafkan saya andai anda yang membaca merasakan entri ini nampak tidak tersusun dan bersepah.
No comments:
Post a Comment