Monday, March 30, 2009

NIKMATNYA MAKAN!

Tengah hari ini sememangnya panas. Aku sedang berjalan di bawah naungan sinaran sang mentari yang terik. Sememangnya hari-hari yang dilalui di sini berkeadaan sedemikian memandangkan kawasannya yang lapang dan terbuka. Hanya sepohon dua sahaja pokok yang boleh dilihat.

Aku sedang berjalan keseorangan pulang dari library, keletihan diserang kepanasan, peluh
berguguran dari wajah, badan terasa lemas dalam kelembapan baju, tekak kekeringan, batin
meronta meminta fitrah dipenuhi. Namun apakan daya, aku berpuasa pada hari ini dan aku
bulatkan tekad untuk terus berpuasa sehingga terbenamnya sang mentari.

Aku terus sahaja berjalan sehingga ke perkarangan hostel. Sampai sahaja di tangga, aku
terserempak dengan seorang senior. Dia sedang berjalan, pulang dari bilik rakan barangkali.

Aku sedar sesuatu, mulutnya sedang mengunah-ngunyah sambil berjalan. Terus sahaja aku beri salam terlebih dahulu sebagai menghormati title 'senior'nya. Aku dibalas dengan ala kadar sahaja. Tiba-tiba satu fikiran merasuk aku. Aku mula membayangkan apakah yang sedang dimakan oleh beliau. Aku terliur. Batin semakin memberontak. Apakah kepingan wafer yang disaluti coklat yang lazat dan ditabur dengan kacang yang rangup?? Apakah kek pisang yang fresh dari oven?? Apakah kepingan coklat susu yang rasanya mengkhayalkan?? Aku tidak boleh berhenti dari memikirkannya.

Alangkah bahagianya di saat ini juga aku dapat menjamu seleraku, perutku yang kosong
merintih, tubuh lesu dan kekringan. Nikmatnya dapat makan..

Sebentar, aku terfikir sesuatu. Ya Allah, kenapalah selama ini aku tidak pernah sedar betapa
nikmatnya kurnia dan rezeki yang Allah berikan kepadaku. Sehari-harian aku dapat menikmati
makanan yang pelbagai jenis, rupa dan rasa. Tidak terkira nikmatnya. Tetapi sedikitnya aku
bersyukur!

Baca doa sebelum dan selepas makan pun kadang-kadang sahaja! Sememangnya puasa ini
menyedarkan aku. Kalaulah aku tidak berpuasa hari ini, nescaya aku tidak akan sedar betapa
besarnya nikmat yang Allah telah berikan kepada aku.

Betapa pemurahnya Dia. Sedangkan aku terus dan terus melupakanNya. Aku harus sempurnakan puasa ini sebagai tanda syukurku kepadaNya!

3 comments:

  1. mgkin gak btapa sedikitnya yg akan t'ingat tuk bsyukur kalau tak tbaca akan entri nih.. arigato :)

    ReplyDelete
  2. huhu....nusuk qalb....syukran ya Allah atas ni'mat rezki Mu pd kami....~yangterpilih

    ReplyDelete
  3. mm..tula namanye mujahadu linafsi..dlm kte mujahadah tula kte dpt tarbiyah sebenar ^_^ rasa syukur dgn sgala nikmatNYA

    ReplyDelete